MALAYSIA
Hari Wesak: Kurangkan berpolitik, bersatulah perangi "musuh" yang sama

Menurut Anas Zubedy, bersatu bukan hanya dari segi kepartian politik tetapi kita perlu melihat kepada keadilan (status sosial) antara orang berada dan orang miskin. - Gambar fail
Perayaan Hari Wesak melambangkan keharmonian dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di bumi Malaysia ini.
Bersempena dengan sambutan ini, pastinya tumpuan diberikan kepada semangat permuafakatan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat untuk menjalani kehidupan normal baharu akibat wabak COVID-19.
Bagaimanapun, tatkala wabak COVID-19 di negara ini mula terkawal, timbulnya semula bibit dan pertelingkahan sesama pemimpin dan ahli politik.
Justeru, Penggerak Perpaduan dan Pengasas Kempen Say Something Nice, Anas Zubedy menyeru ahli politik agar kurang berpolitik dan lebihkan usaha untuk memerangi “musuh” yang sama iaitu pandemik COVID-19.
“Ia mungkin sukar untuk meminta mereka agar tidak berpolitik langsung kerana mereka merupakan ahli politik.
Katanya lagi, pengekalan sikap bersatu-padu dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini tidak seharusnya tertumpu kepada konteks parti politik sahaja, tetapi juga dari semua aspek seperti agama dan status sosial.
“Kita seharusnya melihat keadilan yang sama seperti dalam isu menangkap orang yang miskin dan kaya. Jangan yang miskin kita masukkan ke dalam penjara dan yang kaya, tidak. Itu tidak elok.
“Perpaduan kita bukan sahaja melihat kepada kepartian tetapi secara keseluruhan,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami