awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau kumbang jantan dikesan dekat kandang lembu ditangkap - Perhilitan

Bernama
Bernama
03/01/2022
11:28 MYT
Harimau kumbang jantan dikesan dekat kandang lembu ditangkap - Perhilitan
Selepas menerima aduan mengenai kemunculan harimau kumbang pada 24 Dis lepas, pihak Perhilitan bertindak memasang beberapa umpan ayam dan anak lembu bagi menarik perhatian haiwan liar itu.- Gambar hiasan/BERNAMA
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Perak menangkap seekor harimau kumbang jantan di Kampung Asli Kenang Baru Jalong Tinggi, Sungai Siput di sini, semalam.
Dalam kenyataan hari ini Perhilitan berkata selepas menerima aduan mengenai kemunculan harimau kumbang berhampiran sebuah kandang lembu di kampung itu pada 24 Dis lepas, pihaknya terus bertindak memasang beberapa umpan ayam dan anak lembu bagi menarik perhatian haiwan liar itu.
"Bagaimanapun, umpan itu gagal menarik perhatian harimau kumbang berkenaan untuk keluar, sehinggalah ia memasuki perangkap pada pukul 10 malam, semalam," menurutnya kenyataan itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati ia adalah harimau kumbang jantan seberat 37 kilogram dan dianggarkan berusia enam tahun. Haiwan itu diserahkan kepada Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk pemeriksaan lanjut, rawatan dan pelepasan semula," tambahnya.
Sehubungan itu penduduk kampung dinasihatkan supaya memastikan kawasan ternakan serta kebun masing-masing tidak dibiarkan semak, bagi mengelak kehadiran haiwan liar, dan orang awam pula diminta agar lebih berwaspada dan segera memaklumkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan haiwan liar untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan Perak
#harimau kumbang
#kandang lembu
#Sungai Siput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan