[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Harimau kumbang mati dilanggar pacuan empat roda di LPT2

Bernama 01/05/2025 | 22:15 MYT
Ketia kejadian, haiwan liar itu secara tiba-tiba melintas dan pemandu Toyota Hilus yang dipandu lelaki berusia 19 tahun tidak sempat mengelak. - Gambar Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh kereta pacuan empat roda di Kilometer 387 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata siasatan mendapati kemalangan itu terjadi apabila haiwan liar berkenaan melintas secara tiba-tiba dari arah kanan ke kiri jalan.
"Siasatan mendapati kereta Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Kemaman, Terengganu.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, haiwan liar itu secara tiba-tiba melintas dan pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak. Haiwan itu mati di lokasi kejadian, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sharudin berkata, bangkai haiwan berkenaan diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Terengganu untuk tindakan lanjut.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui LPT2 dan mematuhi had laju yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.-- BERNAMA
#harimau kumbang mati #Lebuhraya Pantai Timur 2 #pacuan empat roda #Toyota Hilux