awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Harta benda saya musnah sekelip mata" - Mangsa banjir kilat Janda Baik

Ifti Femida
Ifti Femida
11/05/2022
09:54 MYT
"Harta benda saya musnah sekelip mata" - Mangsa banjir kilat Janda Baik
Kamarul Azzra melihat kereta Saga FLX miliknya yang rosak teruk setelah dihanyutkan banjir lumpur di Kampung Janda Baik di sini, awal pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
BENTONG: "Sedih tidak terkata apabila melihat harta benda termasuk kereta bagi kegunaan seisi keluarga musnah sekelip mata namun saya reda dan menganggap ianya ujian dari Allah."
Demikian luahan seorang penduduk, Kamarul Azzra J. C Rais, 34, apabila melihat semua harta benda miliknya musnah dalam kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Janda Baik, di sini awal pagi tadi. Menurutnya, kini dia runsing memikirkan bagaimana untuk memulakan kehidupan yang baharu terutama melibatkan kelengkapan tiga anaknya yang masih kecil berumur antara satu hingga tiga tahun. "Saya mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit apabila harta benda termasuk kereta Saga FLX rosak teruk setelah dihanyutkan banjir lumpur kira-kira 100 meter dari kediaman kami. "Kelengkapan rumah juga gagal diselamatkan dan kini kami sekeluarga terpaksa memulakan kehidupan yang baharu dalam keadaan yang sukar," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini. Kamarul Azzra berkata, dia berharap agar ada pihak yang sudi tampil membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggungnya. "Saya bekerja di sebuah kilang di sini (Janda Baik) manakala isteri, Farah Azlinda Dik Awang, 25, merupakan suri rumah sepenuh masa. Jadi saya memohon kepada pihak berkaitan dapat membantu meringankan beban yang saya tanggung," ujarnya.
Banjir Kilat | 42 keluarga dua kampung di Janda Baik dipindahkan
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada Kamarul Azzra melalui akaun Maybank miliknya (106138308190) atau akaun Maybank milik isterinya, Farah Azlinda (163019663066). Dalam kejadian awal pagi tadi sebanyak 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat selepas beberapa perkampungan di Janda Baik dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.27 pagi dan usaha menyelamat dan memindahkan mereka yang terperangkap telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun sekitar jam 12 tengah hari tadi air banjir telah surut sepenuhnya dan penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.
Cerita Sebalik Berita: Perkembangan banjir di Janda Baik
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Janda Baik
#Bentong
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan