awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hartal doktor kontrak: MMA ulangi pendirian tidak benarkan sebarang protes

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
24/07/2021
15:30 MYT
Hartal doktor kontrak: MMA ulangi pendirian tidak benarkan sebarang protes
Dr Subramaniam Muniandy mengingatkan para perubatan terlibat supaya bertenang dan memberi keutamaan terhadap tanggungjawab merawat pesakit. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengulangi pendiriannya, tidak membenarkan sebarang protes dianjurkan melibatkan pertugas kesihatan, terutama pada saat negara sedang memerangi wabak COVID-19.
Presidennya, Datuk Dr Subramaniam Muniandy mengingatkan para pengamal perubatan terlibat supaya bertenang dan memberi keutamaan terhadap tanggungjawab merawat pesakit.
"Kami telah menjelaskan pendirian kami. MMA tidak membenarkan mogok. Kes baru COVID-19 harian negara (hampir) mencapai 16,000 dan kami telah memberi amaran, ia (kes) mungkin terus meningkat.
"Sistem penjagaan kesihatan sangat tegang dan memerlukan sokongan kakitangan.
"Sebagai profesional perubatan, rawatan pesakit harus menjadi keutamaan," katanya kepada The New Straits Times ketika mengulas mengenai 'Hartal Doktor Kontrak' yang dijadualkan di seluruh negara pada Isnin.
Kempen tersebut antara lain mendesak supaya doktor kontrak diserapkan ke jawatan tetap.
Wakil "Hartal Doktor Kontrak", Dr Umar Baraka berkata, sekurang-kurangnya 5,000 doktor kontrak akan mengadaakan protes pada Isnin bermula jam 11 pagi dan tidak akan kembali bertugas sepanjang hari .
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat dilapor berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersama kementerian serta agensi lain diarah merangka pelan komprehensif dan inklusif bagi menangani isu berkaitan kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak.
Beliau berkata pelan tersebut perlu merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek, sederhana dan pelan jangka panjang.
Topic Berkaitan
#Dr Subramaniam
#MMA
#Malaysian Medical Association
#COVID-19
#HartalDoktorKontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan