awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harumanis negeri lain beri varieti dalam pasaran

Bernama
Bernama
27/05/2022
05:15 MYT
Harumanis negeri lain beri varieti dalam pasaran
Perlis juga hanya mendaftarkan nama 'Harumanis Perlis' sebagai cap dagangannya dan ia tidak boleh digunakan oleh negeri lain. - Gambar hiasan
ARAU: Kerajaan Perlis tidak melihat tanaman mangga harumanis di beberapa negeri lain sebagai satu bentuk persaingan tetapi menyifatkan ia sebagai varieti buah berkenaan yang ditawarkan dalam pasaran.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata mangga harumanis dari negeri ini sememangnya telah dikenali orang ramai dan mempunyai kualiti serta pasarannya yang tersendiri.
"Bagi saya mangga harumanis Perlis mempunyai kelainan sendiri dari segi keharumannya, manis mungkin sama tapi harum itu berbeza.
"Ada yang pernah cuba mangga harumanis di beberapa negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan ada juga Johor namun kelainan di Perlis berbeza berbanding tempat lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis Peringkat Parlimen Arau malam tadi.
Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata negeri itu menyasarkan pengeluaran 600 tan metrik semusim mangga Harumanis D' Aman menjelang 2025 berbanding 65 tan ketika ini susulan permintaan tinggi di seluruh negara.
Dalam pada itu, Azlan berkata Perlis juga hanya mendaftarkan nama 'Harumanis Perlis' sebagai cap dagangannya dan ia tidak boleh digunakan oleh negeri lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangga harumanis
#Azlan Man
#varieti
#persaingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan