KUALA LUMPUR: Hasil kerajaan persekutuan meningkat sebanyak 25.9 peratus atau RM60.61 bilion kepada RM294.36 bilion pada 2022 berbanding RM233.75 bilion yang dicatatkan pada 2021.
Manakala peruntukan muktamad perbelanjaan mengurus yang diluluskan ialah sebanyak RM236.97 bilion dan perbelanjaan mengurus berjumlah RM292.69 bilion.
"Kutipan Hasil Cukai berjumlah RM208.77 bilion, meningkat sebanyak 20.2 peratus daripada RM173.70 bilion pada 2021.
"Peningkatan ketara melibatkan kutipan cukai pendapatan petroleum berjumlah RM11.85 bilion kepada RM23.42 bilion, cukai pendapatan syarikat meningkat RM2.30 bilion kepada RM82.13 bilion dan cukai pendapatan individu yang meningkat RM6.73 bilion kepada RM33.78 bilion," demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarkan hari ini.
Menurut laporan tersebut. hasil Bukan Cukai meningkat sebanyak 55.7 peratus kepada RM79.61 bilion pada 2022 berbanding RM51.12 bilion pada 2021, yang mana peningkatan ketara melibatkan terimaan faedah dan perolehan daripada pelaburan yang meningkat 66.3 peratus kepada RM58.22 bilion.
Kenaikan ini disumbang oleh peningkatan dividen daripada syarikat Petroliam Nasional Bhd sejumlah RM50 bilion daripada RM25 bilion pada 2021, selain peningkatan perolehan royaltipetroleum kepada RM5.98 bilion.
"Lebihan hasil sebanyak RM1.66 bilion telah dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan menjadikan perbelanjaan mengurus sebenar pada 2022 berjumlah RM294.357 bilion. Perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap merupakan perbelanjaan tertinggi (RM170.243 bilion atau 57.8 peratus) daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus," kata laporan itu.
Perbelanjaan pembangunan kementerian dan jabatan persekutuan adalah sebanyak RM71.574 billon atau 104.5 peratus berbanding peruntukan diluluskan, termasuk sejumlah RM6.07 bilion yang dikenakan dalam tempoh Akaun Kena Bayar.
"Perbelanjaan ini adalah di peringkat Kementerian Kewangan (MOF) dan melibatkan penyaluran peruntukan kepada syarikat Danalnfra Nasional Bhd, Prasarana Malaysia Bhd serta Urusharta Jamaah Sdn. Bhd," katanya.
Kementerian Kewangan mencatatkan perbelanjaan tertinggi sebanyak RM120.174 bilion atau 40.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan pada 2022, meningkat RM47.13 bilion atau 64.5 peratus berbanding RM73.05 bilion pada 2021.
"Peningkatan ketara perbelanjaan Kementerian Kewangan melibatkan perbelanjaan subsidi produk petroleum berjumlah RM45.18 bilion, meningkat sebanyak RM35.16 bilion atau 350.8 peratus berbanding RM10.02 bilion pada 2021.
"Perbelanjaan subsidi yang dikenakan kepada vot mengurus berjumlah RM55.44 bilion, meningkat RM42.31 bilion atau 322.1 peratus daripada RM13.134 bilion pada 2021," katanya.
Menurut laporan tersebut, antara perbelanjaan subsidi yang tertinggi ialah subsidi barangan produk petroleum sebanyak RM45.18 bilion atau 81.5 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan tersebut
Pihak audit telah mengesyorkan kerajaan persekutuan untuk mempertingkatkan disiplin perbelanjaan mengurus, memperkasakan usaha penjanaan hasil dan pemantauan terhadap komitmen bayaran balik pinjaman.
Langkah ini, katanya, penting supaya lebihan hasil dapat dipertingkatkan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan dan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu.
Pihak audit juga menyarankan kerajaan untuk memastikan dana Kumpulan Wang Pembangunan dibelanjakan bagi projek fizikal dan bukan fizikal yang termasuk di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia lima tahun.
"Perbelanjaan yang bertujuan sebagai penyaluran kepada syarikat bagi tujuan bayaran balik pinjaman perlu dipantau supaya tidak terus meningkat di masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Peruntukan muktamad perbelanjaan mengurus yang diluluskan ialah sebanyak RM236.97 bilion dan perbelanjaan mengurus berjumlah RM292.69 bilion. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (05 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Mahathir fail semakan kehakiman mohon prosiding RCI Batu Puteh dijalankan secara terbuka
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya prosiding RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dijalankan secara terbuka.
Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari
Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Lebih 100 kes penebangan hutan secara haram direkodkan di Kelantan - MB
Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram di Kelantan dikenal pasti dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas menyeksakan, perlu dasar bersepadu - Pakar
Prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksa warga emas.
Tumpuan Khamis – 06 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.
Kehilangan dana awam RM681.71juta merugikan rakyat - Ahmad Maslan
Kehilangan atau kerugian wang awam sebanyak RM681.71juta berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, merugikan rakyat selain menimbulkan persoalan kerana ketirisan berlaku setiap tahun.
Pantau isu, status terkini Laporan Ketua Audit Negara melalui sistem AGD
Selaras dengan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, Jabatan Audit Negara membangunkan sistem Pemuka Ketua Audit Negara (AGD).
LKAN: Kelestarian pengangkutan awam darat di Lembah Klang memuaskan
Kelestarian pengangkutan awam darat di Lembah Klang adalah memuaskan, demikian dapatan LKAN 2022.
LKAN: Kerja naik taraf bangunan daif di sekolah kurang memuaskan
Prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah kurang memuaskan, menurut laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
LKAN 2022: Kegagalan kontraktor bekal senjata api, KDN rugi lebih RM6 juta
Pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kurang memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
Minitkan perbincangan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara - PM Anwar
LKAN perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
Laporan Ketua Audit: Seorang penjawat awam dihadap ke mahkamah, 25 kena tatatertib
Seorang penjawat awam dituduh di mahkamah, manakala 25 orang lagi dikenakan tindakan tatatertib susulan daripada 12 isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).