KLANG: Keseronokan dua individu lelaki selepas menyamun seorang warga emas tidak bertahan lama apabila kedua-duanya berjaya diberkas polis dalam tempoh kurang 24 jam.
Kejadian pada Jumaat lalu di sekitar Klang itu berlaku apabila mangsa yang merupakan seorang pesara kerajaan berusia 60-an disamun dua individu bersenjatakan parang ketika dalam perjalanan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurul Huda Mohd Salleh berkata, perbuatan suspek bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tertututp (CCTV) di surau berkenaan.
“Hasil risikan polis telah berjaya menangkap dua suspek terlibat yang seterusnya memandu arah pihak polis ke lokasi barangan peribadi yang dibuang lebih kurang tiga kilometer dari lokasi kejadian.
“Kereta telah disorokkan di tempat letak kenderaan sebuah flat di Kapar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Nurul Huda, kedua-dua suspek berusia antara 20 dan 30an itu turut mempunyai 13 rekod jenayah lampau antaranya berkaitan kes dadah, pergaduhan curi kenderaan, dan samun.
Tangkapan turut membawa kepada rampasan sebuah motosikal dan kenderaan dipercayai hasil kegiatan menyamun.
Kedua-dua suspek juga baru sahaja tamat tempoh menjalani hukuman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.
Mereka direman selama lima hari bermula 3 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Hilmi Malik
Mon Jul 05 2021

Suspek menunjukkan lokasi pembuangan barang peribadi mangsa sebaik sahaja melakukan kegiatan samun.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.

Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry
Malaysia akan membincangkan isu menangani Islamofobia dalam lawatan sulung Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke Paris, Perancis pada Khamis.

Kes samun: Wanita antara empat ditahan
Kesemua suspek berusia 28 tahun hingga 47 tahun itu, ditahan susulan laporan daripada seorang wanita yang disamun pada 10 Mei.

Wanita warga emas ditemui maut dengan kesan kelar, tikaman pada leher, telinga, pipi
Seorang wanita warga emas ditemui maut dalam keadaan separuh bogel dengan kesan potong serta tikaman pada telinga, leher dan pipi di sebuah rumah di Kampung Tersusun Lima, Kerian pada Selasa.

Samun berkumpulan: Polis tahan empat individu termasuk seorang wanita
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan membabitkan sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Ampang di sini, Jumaat lepas.

Barista rugi lebih RM6,000 disamun ketika pulang kerja
Semasa mangsa keluar dari lif, suspek telah muncul di hadapan mangsa dan menghunus pisau ke perut mangsa.

Samun emas RM1.8 juta di Kuala Pilah, polis tahan lelaki 50-an
Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian samun bersenjata parang panjang di lorong belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah pada pagi Rabu.

Bekas polis direman samun peniaga sayur RM400
Seorang bekas polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka, 29 April lalu.

Pasangan warga emas disamun, dipukul dengan kayu besbol
Kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika dia dan suami, yang menaiki Proton Iswara, baru sahaja tiba di hadapan rumah mereka.

Lelaki acu pisau samun kedai minyak ditahan
Polis berjaya menahan seorang lelaki selepas lapan jam melakukan samun bersenjatakan pisau terhadap pekerja wanita di sebuah stesen minyak di Bandaraya Alor Setar.

Polis cari dua suspek samun telefon bimbit, cedera pekerja
Satu laporan polis berkaitan kes samun dibuat seorang wanita yang juga penyelia premis berkenaan.

Polis cekup warga emas ligat samun guna pistol mainan
Lelaki berusia 66 tahun itu diberkas ketika melakukan perbuatan itu di sebuah kedai menjual telefon bimbit.