KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Pandora Papers yang didakwa melibatkan beberapa figura terkemuka negara akan dibentang di Parlimen selepas selesai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan yang kerajaan akan tetap menjalankan siasatan ke atas itu meskipun pendedahan itu dilakukan pada 2012.
Menurut Wan Junaidi, arahan akan dikeluarkan kepada semua agensi terlibat termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjalankan siasatan.
"Saya bagi jaminan yang Perdana Menteri akan mengeluarkan arahan kepada semua agensi yang terlibat seperti SPRM, BNM dan JSJK untuk melakukan siasatan.
"Kita akan bincang untuk menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk membawa hasil siasatan ke Parlimen selepas keputusan akhir diperolehi," katanya di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai jaminan kerajaan dalam menyiasat pendedahan Pandora Papers.
Malah beliau menegaskan, kerajaan akan memberi ruang kepada mereka yang terlibat dalam laporan Pandora Papers untuk memberi penjelasan dalam sidang Parlimen nanti.
Sementara itu, menjawab soalan asal mengenai pemantauan terhadap transaksi wang keluar negara secara haram serta nilai wang haram yang telah dikeluarkan sejak 2008 hingga kini, Wan Junaidi berkata, penggunaan akaun luar pesisir bukanlah suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat.
"Dalam pendedahan Pandora Papers, International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) hanya menyenaraikan siapa yang pernah atau sedang memiliki saham atau menjadi pengarah dalam syarikat di luar negara atau 'offshore'.
"Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, penggunaan akaun luar pesisir semata-mata bukanlah suatu kesalahan di bawah undang-undang Labuan kecuali terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat," katanya.
Beliau menjelaskan, orang ramai seringkali keliru dengan ICIJ Global Financial Integrity (GFI), sedangkan kedua-dua organisasi adalah berbeza meskipun berpusat di Washington.
"GFI merupakan organisasi yang terdiri daripada kumpulan penganalis ekonomi yang membuat pendedahan berkaitan aliran keluar wang haram dengan aktiviti trade mispricing oleh syarikat-syarikat pengimport atau pengeksport dan Multi National Company (MNC) untuk mengelakkan cukai.
Merujuk kepada laporan pihak The Coverage berkaitan pengaliran keluar dana sebanyak RM 1.8 trillion dan nama-nama individu lain seperti ahli-ahli keluarga bekas perdana menteri, katanya, laporan itu sebenarnya tidak merujuk kepada Pandora Papers semata-mata.
Sebaliknya kata beliau, maklumat pengaliran dana tersebut dinyatakan dalam laporan GFI manakala nama-nama tambahan tersebut adalah daripada pendedahan-pendedahan lain oleh ICIJ seperti Paradise Papers dan Panama Papers.
"Laporan GFI mengenai aliran keluar kewangan haram bagi Malaysia adalah terlebih nyata (overstated) kerana ianya tidak mengambil kira 'Rotterdam effect' serta menganggap 'errors and omissions', yang timbul akibat percanggahan dalam proses kompilasi data sebagai bersamaan dengan aliran kewangan haram.
"Justeru, mengaitkan pendedahan yang dibuat oleh ICIJ danclaporan yang dikeluarkan oleh GFI adalah sesuatu yang kurang tepatcdan boleh mengelirukan kerana kedua-duanya merupakan organisasi yang berbeza dengan pelaporan yang berbeza," katanya.
Wan Junaidi berkata, dalam hal ini, kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan terhadap mana-mana pihak atau individu yang memerlukan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya.
"Sebagai makluman juga, BNM telah meningkatkan pemantauan dancperisikan dalam mengesan aktiviti kiriman wang tanpa lesen. Ini menyumbang kepada peningkatan aktiviti penguatkuasaan menyasarkan
aktiviti kiriman wang tanpa lesen samada aktiviti bersindiket dan juga operator-operator runcit.
"Bagi tempoh 2017 hingga 2020, tindakan penguatkuasaan telah dipertingkatkan dengan 64 kes telah didakwa di mahkamah, melibatkan lebih RM11 juta jumlah denda dan melucutkan harta," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 25 2021

Wan Junaidi menegaskan, kerajaan akan memberi ruang kepada mereka yang terlibat dalam laporan Pandora Papers untuk memberi penjelasan dalam sidang Parlimen nanti. - fotoBERNAMA

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Batu Puteh: Tun M sedia maklum kedudukan Apandi, wajar persoal lebih awal - Wan Junaidi
Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan Apandi Ali sebagai Pengerusi PPK tanpa sebarang justifikasi.

Had umur minimum ADUN: Johor berhak putuskan - Wan Junaidi
Johor berhak memutuskan sama ada untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Jangan cabuli kuasa kerajaan negeri - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan kerajaan Persekutuan agar menghormati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan 1957.

Satu hari nanti, akan tiada lagi hukuman mati di negara ini - Wan Junaidi
Generasi akan datang akan mempunyai pemikiran yang berbeza tentang kewajaran menghukum dengan menawatkan riwayat seseorang manusia.

'Tiada kaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dengan kenaikan kes jenayah berat'
Wan Junaidi berkata, orang ramai tidak gerun dengan hukuman mati, sebaliknya takut ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Selain ke tali gantung, apa selainnya yang lebih berkesan sebagai pedoman? Agenda AWANI 9 malam ini
Pemansuhan hukuman mati mandatori perlu diganti dengan bentuk hukuman yang lebih setimpal dan berupaya mengurangkan kadar jenayah berat di negara ini.

Mansuh hukuman mati mandatori: Tinjauan awam akan dibuat
Tinjauan awam itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan dibentangkan pada Oktober ini.

Hukuman mati masih kekal terhadap 1,342 banduan akhir - Wan Junaidi
Moratorium pelaksanaan hukuman mati masih dikekalkan ke atas 1,342 banduan akhir sehingga tindakan susulan berkaitan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori termasuk pindaan akta lain dilaksana.

Keputusan kerajaan hanya libatkan pemansuhan hukuman mati mandatori sahaja - Wan Junaidi
Hukuman mati mandatori di Malaysia masih dikekalkan bagaimanapun ia bakal dimansuhkan dan dalam peringkat perbincangan.

Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak beri kesan tugasan PDRM - Hamzah
Keputusan itu dilihat akan turut membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan terhadap sesuatu kes yang berkaitan.