HASiL tandatangan MoU bersama JPPH, perkukuh kerjasama strategik

Majlis memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama itu berlangsung di Menara HASiL, Cyberjaya pada Khamis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam satu majlis yang berlangsung di Menara HASiL, Cyberjaya.
Ringkasan AI
- HASiL dan JPPH menandatangani MoA bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam perkongsian maklumat penilaian harta untuk Cukai Keuntungan Harta Tanah.
- Langkah ini selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan awam dan tadbir urus terbaik dalam sistem percukaian negara.
- Komitmen kedua-dua agensi dalam MoA menzahirkan sinergi strategik untuk memperkasakan sistem percukaian, memantapkan pemantauan data strategik, dan menyokong pelaksanaan dasar kerajaan secara efisien.
Ujar kenyataan lagi, jalinan kerjasama strategik ini juga dijangka dapat menyokong pelaksanaan dasar kerajaan dengan lebih berkesan melalui penyelarasan maklumat yang lebih sistematik, telus dan berintegriti, sekali gus memberi impak positif terhadap penyampaian perkhidmatan awam.
Tambah kenyataan itu, secara keseluruhan, pemeteraian MoA ini menzahirkan komitmen kedua-dua agensi dalam memperkukuh sinergi strategik dalam memperkasakan sistem percukaian melalui pendekatan bersepadu, memantapkan pemantauan data strategik, dan menyokong pelaksanaan dasar kerajaan secara konsisten, cekap dan berkesan.
Majlis penandatanganan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr AbuTariq Jamaluddin dan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Sr Abdul Razak Yusak.
Sementara itu, Abu Tariq dalam ucapannya menegaskan bahawa kerjasama strategik ini menjadi semakin signifikan selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri CKHT mulai 1 Januari 2025 serta pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem yang akan diperkenalkan secara berfasa mulai 1 Januari 2026.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


