ALOR GAJAH: Hasrat ibu tunggal asnaf, Rohani Karim untuk memiliki kediaman sendiri pada usia menginjak senja, tercapai apabila menerima rumah di bawah Projek Perumahan 'Better Bright Home' @ Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini pada Ahad.
Rohani, 60, berkata sebelum ini dia pernah mempunyai rumah sendiri dan tinggal bersama lima anak di Taman Seri Redan di sini, tetapi terpaksa keluar daripada rumah yang didiami sejak 30 tahun itu selepas ia dilelong kerana tidak mampu membayar pinjaman bank.
"Ketika itu anak sulung yang bertanggungjawab membayar ansuran bulanan rumah tidak dapat bekerja selama setahun atas faktor kesihatan, jadi bayaran kepada pihak bank tertunggak sebelum dilelong
"Hingga hari saya rasa sedih apabila terkenangkan rumah itu tetapi apakan daya...sejak itu selama enam tahun kami terpaksa menyewa sekitar kawasan ini dan pernah dihalau tuan rumah sebab tidak mampu bayar sewa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunci rumah berkenaan yang dibina di Kampung Lubok Redan di sini.
Majlis penyerahan kunci rumah tiga bilik bernilai lebih RM65,000 itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Pengurus Besar TNB Melaka Khairizam Ibrahim.
Rohani yang merupakan anak jati kampung berkenaan berkata menerima rumah baharu menjelang Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, sedikit sebanyak memberi kelegaan serta sinar harapan untuk dia hidup lebih selesa.
Dia kini tinggal sendirian kerana lima anaknya berusia 19 hingga 37 tahun telah berkahwin dan ada yang sedang menjalani latihan ketenteraan.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira kerana dapat rumah ini yang akan menjadi tempat saya berteduh dan semoga hari raya nanti anak-anak dapat berkumpul bersama.
"Terima kasih kepada semua pihak terutama Ketua Menteri Melaka dan TNB kerana merealisasikan impian saya memiliki rumah sendiri," katanya yang turut menerima bantuan makanan secara bulanan daripada Zakat Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Majlis penyerahan kunci rumah tiga bilik bernilai lebih RM65,000 itu disempurnakan Ab Rauf dan turut dihadiri Khairizam. - Foto BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.