Hasrat lima sekeluarga membuat kejutan kepada keluarga di kampung untuk menyambut Ramadan yang dijangka Isnin ini, tidak kesampaian selepas dua daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di KM 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Sungai Ruan, Raub, Pahang awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, yang berasal dari Kampung Kelaboran di sini, dan anak bongsunya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril yang berumur dua tahun.
Turut maut ialah Nasrul Fakhri Mansor, 38, dari Taman Aman Perdana, Klang, Selangor dan dua anggota keluarganya iaitu seorang wanita dewasa dan bayi berusia sekitar setahun, yang masih belum dapat dikenal pasti identiti mereka selain tiga lagi parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Lipis.
Sapinah Hussin, 67, ibu kepada Hasliza Arini berkata berita kemalangan yang menimpa anak kelima daripada sembilan beradik itu dimaklumkan anak bongsunya, Hazwani, 28, menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira 11.30 pagi.
Sapinah berkata Hasliza Arini yang sedang hamil lima bulan berhasrat pulang ke kampung halaman untuk membuat kejutan sempena Ramadan.
"Mak cik tak tahu pun mengenai kepulangan mereka dan kali terakhir mak cik bercakap dengan arwah melalui panggilan telefon kira-kira pukul 4 petang semalam tapi bercakap tak lama sebab arwah sedang bekerja. Arwah pun tak bagitahu mereka nak pulang ke kampung.
"Arwah bekerja sebagai akauntan dan mahu pulang ke kampung kerana nak sambut puasa dengan keluarga kerana dia tidak tahu dapat pulang sambut Aidilfitri atau pun tidak pada tahun ini kerana suaminya bekerja," katanya ketika ditemui di Kampung Kelaboran di sini, hari ini.
Beliau berkata jenazah anak perempuan dan cucunya itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran malam ini.
Sementara itu, Hazwani yang tinggal Klang, Selangor berkata beliau sangat rapat dengan arwah kakaknya itu kerana mereka tinggal berdekatan dan sering pulang ke kampung bersama-sama.
"Malam tadi, saya naik bas pukul 8 malam dan kakak bersama keluarga bergerak dari rumahnya di Klang pada 9 malam kerana mereka mahu berhenti di rumah ibu mentuanya di Dabong, Kuala Krai.
"Kami tidak memberitahu ibu kerana mahu membuat kejutan untuk sambut Ramadan memandangkan kakak tidak tahu sama ada dapat pulang atau tidak hari raya nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di KM 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Sungai Ruan, Raub, Pahang awal pagi tadi. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.