awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
20/09/2023
11:02 MYT
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Orang ramai melihat keadaan mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun yang dibaham buaya ketika menangkap ketam di kawasan laut Kampung Tinagian. - Astro AWANI
LAHAD DATU: Mayat lelaki yang dibaham buaya ketika menangkap ketam di kawasan laut Kampung Tinagian, Tanjung Labian, di sini, ditemui pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa yang merupakan pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit dibaham reptilia itu ketika menangkap ketam bersama tiga rakannya.
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
"Ketiga-tiga rakannya melihat mangsa dibaham buaya dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mangsa hilang dari kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut Rohan Shah berkata terdapat kesan gigitan iaitu di bahagian lengan kiri dan kepala mangsa.
"Selain itu, terdapat kesan calar di bahagian dada dan belakang leher serta punggung mangsa.
"Polis dari Balai Polis Kencana tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat," katanya.
Sementara itu, orang ramai di Lahad Datu terutama yang menjalankan aktiviti di laut atau sungai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di persisiran pantai bagi mengelak menjadi mangsa buaya.
"Ini adalah kes yang pertama bagi tahun ini dan satu siasatan laporan mati mengejut dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bersangkut dengan kejadian ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#buaya
#mati
#Lahad Datu
#ketam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan