awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final Terbuka Switzerland tidak kesampaian

Bernama
Bernama
25/03/2023
21:30 MYT
Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final Terbuka Switzerland tidak kesampaian
Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit. - Foto fail/BAM
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pentas final Terbuka Switzerland 2023 di Basel tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada aksi separuh akhir malam tadi.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel itu menyaksikan beregu kelapan dunia Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.
Satwiksairaj-Chirag, yang juga pasangan keenam dunia, akan melakukan perhitungan bersama gandingan China Ren Xiang Yu-Tan Qiang di pentas final esok.
Terdahulu, Ren Xiang-Qiang menunjukkan jalan keluar kepada gandingan England Ben Lane-Sean Vendy 21-10 dan 21-17 pada pusingan separuh akhir malam tadi.
Selain Yew Sin-Ee Yi, dua lagi wakil negara iaitu pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke aksi separuh akhir akan bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi nanti waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Switzerland
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
#Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan