awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa

Bernama
Bernama
12/04/2023
11:00 MYT
Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Terlalu banyak pinjaman ditawarkan oleh pelbagai pihak pada musim perayaan dengan syarat mudah termasuk kepada mereka yang disenarai hitam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata terlalu banyak pinjaman ditawarkan oleh pelbagai pihak pada musim perayaan dengan syarat mudah termasuk kepada mereka yang disenarai hitam.
"Jadi saya harap mereka tidak terperangkap kalau ada tawaran yang sedemikian. Kadang-kadang scammer, ataupun (apabila) terima panggilan, kena periksa betul-betul supaya maklumatnya jelas.
"Kalau ada kemusykilan, bolehlah rujuk kepada Angkasa (untuk) mendapatkan penjelasan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis agihan pek juadah berbuka puasa di Wisma Bernama di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Koperasi Bernama Berhad Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Terdahulu, sejumlah 300 pek makanan diagih kepada petugas agensi berita itu sebagai tanda penghargaan kepada media dalam mempromosi peranan dan aktiviti yang dilaksanakan Angkasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pinjaman mudah
#Aidilfitri
#scammer
#Angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan