[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Hati-hati di jalan raya semasa pulang ke kampung - PM Najib

Bernama 26/01/2017 | 08:55 MYT
Datuk Seri Najib menasihatkan orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman bersempena cuti Tahun Baharu Cina supaya berhati-hati. - Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman bersempena cuti Tahun Baharu Cina supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang ketika memandu.
"Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina bermula hari ini, saya percaya ramai dah mulakan perjalanan untuk bercuti atau pulang ke kampung bersama keluarga bagi menyambut perayaan.
"Saya harap pandulah dengan selamat dan patuhlah undang-undang jalan raya terutamanya pada musim hujan ini," kata Perdana Menteri dalam catatan akaun Facebook dan Twitter beliau hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri turut mendoakan pengguna jalan raya selamat tiba ke destinasi mereka dengan selamat dan bergembira bersama keluarga tersayang.
--BERNAMA
#Datuk Seri Najib Tun Razak #Tahun Baru Cina #Twitter