SHAH ALAM: Pengguna diminta supaya berhati-hati dan menyemak kesahihan produk yang menggunakan jenama dari Palestin sebelum membuat pembelian memandangkan terdapat aduan mengatakan banyak produk tiruan mendakwa kononnya berasal dari negara itu di pasaran.
Pengarah Al'Ard Far East Sdn Bhd Nazran Abd Mutalib berkata hanya beberapa syarikat di Malaysia yang memperoleh sijil pengesahan pengeskportan daripada pihak Palestin setakat ini.
"Sejak akhir-akhir ini banyak produk yang kononnya datang dari Palestin dijual di pasaran. Oleh itu, saya mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya membeli produk palsu ini," katanya kepada media di sini hari ini.
Terdahulu, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali merasmikan kempen "Palestin Di Setiap Rumah" anjuran Al'Ard Far East yang diadakan bagi mengelakkan pembeli tertipu dengan penjualan produk palsu di pasaran.
Beliau berkata pengeluar sabun terbesar di Palestin iaitu syarikat Al Jamal ada menghubungi pihaknya baru-baru ini yang meminta bantuan supaya membanteras penjualan produk tiruan jenama itu di negara ini.
Dalam pada itu, Nazran berkata menerusi kempen berkenaan pihaknya menyasarkan kutipan dana bernilai RM3 juta untuk disalurkan ke Palestin.
"Selain itu, ia bertujuan berkongsi kebaikan produk Palestin berasaskan minyak zaitun organik tanaman pekebun tempatan di sana. Moto kempen ini ialah 'Bantu Diri Bantu Palestin' (Helping oneself help Palestine) merujuk kepada kebaikan kesihatan dinikmati pengguna produk Palestin yang berkualiti tinggi," katanya.
Menerusi kempen itu, Al'Ard akan berkongsi bahan dalam bentuk pendidikan, impak sosial dan pengumpulan dana dari semasa ke semasa melalui laman web https://alard.my.
Sementara itu, Walid berkata kaedah terbaik untuk menyokong dan membantu rakyat Palestin ialah membeli produk asli mereka kerana langkah itu akan membangunkan ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyatnya secara telus.
"Rakyat Palestin bukan mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi. Justeru, saya ingin merayu kepada rakyat Malaysia supaya menyemak kesahihan produk terlebih dahulu yang benar-benar berasal dari Palestin sebelum membelinya bagi mengelak produk palsu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali merasmikan kempen "Palestin Di Setiap Rumah" anjuran Al'Ard Far East yang diadakan bagi mengelakkan pembeli tertipu dengan penjualan produk palsu di pasaran. - Bernama
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Siasat lanjut, jika benar ia didalangi JI
Kerjasama antara badan-badan perisikan serantau perlu dipergiatkan bagi mengekang gerakan berkenaan daripada menggugat ketenteraman.
Hati-hati produk palsu di pasaran dakwa berasal dari Palestin
Hanya beberapa syarikat di Malaysia yang memperoleh sijil pengesahan pengeskportan daripada pihak Palestin setakat ini.
Thailand perhebat cegah penjualan produk tiruan
Thailand akan memperhebatkan usaha mencegah penjualan produk palsu kerana perbuatan itu merosakkan ekonomi dan imej negara.