MALAYSIA
Hatimurni bantu 3,500 calon UPKK, tepati janji bimbing pelajar cemerlang
Program itu dianjurkan bersama Persatuan Guru-Guru SARKAFA Daerah Temerloh dan Tadika Bait Hanan Temerloh, sebagai pecutan akhir menjelang peperiksaan UPKK yang dijadualkan pada November ini. – Foto Hatimurni
KUALA LUMPUR: Komitmen terhadap kecemerlangan pendidikan Islam terus dizahirkan apabila Hatimurni Islamic Private Education Centre berjaya membimbing lebih 3,500 calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh negara, sekali gus menepati janji kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu sekurang-kurangnya 3,000 pelajar tahun ini.
Kejayaan itu diraikan menerusi program “Gerak Gempur UPKK 2025 – UPKK Final Countdown Edisi Temerloh” yang menghimpunkan lebih 1,300 peserta termasuk 570 calon pelajar dan ibu bapa di Dewan Tun Razak, Temerloh.
Program itu dianjurkan bersama Persatuan Guru-Guru SARKAFA Daerah Temerloh dan Tadika Bait Hanan Temerloh, sebagai pecutan akhir menjelang peperiksaan UPKK yang dijadualkan pada November ini.
Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni berkata kejayaan itu bukan sekadar soal angka, sebaliknya satu amanah untuk membantu membentuk pelajar yang seimbang dari segi ilmu, adab dan sahsiah diri.
“Alhamdulillah, janji kami kepada pihak Menteri bukan sekadar angka, tetapi amanah untuk membimbing anak-anak agar berjaya dengan ilmu, adab dan sahsiah seimbang,” katanya.
Tambahnya, pendidikan Islam hari ini perlu digerakkan secara lebih berstrategik, memanfaatkan teknologi digital agar penyampaian ilmu dan dakwah dapat diperluas kepada komuniti secara lebih inklusif.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh, Tuan Abdul Aziz Abdul Karim yang menyatakan penghargaan kepada pihak Hatimurni atas usaha membina ekosistem pendidikan Islam yang kukuh, khususnya dalam memperkasakan pelajar di peringkat akar umbi.
“Usaha murni seperti ini wajar diteruskan kerana bukan sekadar membantu calon UPKK bersedia menghadapi peperiksaan, tetapi juga mengukuhkan peranan institusi pendidikan Islam swasta sebagai rakan strategik kepada agensi agama,” ujarnya.
Sejak ditubuhkan, Hatimurni kini mempunyai lebih 1,500 pelajar aktif melalui program KAFA Cawangan, KAFA Online dan Konvensyen Skor A UPKK.
Menjelang 2026, institusi itu menyasarkan untuk membimbing sekurang-kurangnya 10,000 pelajar dengan kerjasama strategik bersama agensi agama, sekolah KAFA dan komuniti ibu bapa di seluruh negara.
“Misi kami jelas untuk bantu Ibu Ayah didik anak-anak cemerlang dunia dan akhirat, dengan ilmu, kasih dan keikhlasan,” tambah Ustazah Siti Khadijah.