MELAKA: Wartawan Malaysia hari ini menggariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022, bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Melaka.
Menerusi dokumen deklarasi yang dibacakan Pemangku Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Wartawan Malaysia mendukung keluhuran Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara.
Selain itu, beliau berkata, Wartawan Malaysia akan terus menjunjung kebebasan bersuara dan kebebasan media bagi memastikan kelangsungan sistem demokrasi yang sihat dan segar.
“Wartawan dan media dalam negara membangun seperti Malaysia memainkan peranan yang penting sebagai mata dan hati rakyat selain menjadi suara bicara massa, juga bertindak sebagai semak dan imbang serta menjadi nadi nurani sebuah negara bangsa.
“Kami menyedari cabaran memastikan keharmonian sebuah negara pelbagai kaum yang menonjolkan kepelbagaian. Pada waktu yang sama, kami memahami dinamisme dunia media dan tradisi kewartawanan yang berubah dengan pantas akibat asakan Internet dan media sosial,” katanya lagi.
Namun demikian, Ahmad Zaini berkata, tanggungjawab wartawan tidak berubah dalam konteks etika dan profesionalisme, dan komited memastikan profesion itu kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan, bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
Beliau berkata, deklarasi berkenaan memutuskan bahawa Wartawan Malaysia memainkan peranan menyampaikan maklumat yang benar dan sahih bagi menangani isu berita palsu yang berleluasa.
Dalam dunia hari ini, tegasnya lagi, yang penting bukan sahaja ketepatan berita tetapi juga kepantasan dan keberkesanannya.
Deklarasi Melaka 2022 adalah seperti berikut:
KEWARTAWANAN DIPELIHARA DAN DIIKTIRAF SEBAGAI INSTITUSI NEGARA
Kewartawanan merupakan profesion yang dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui laporan dan penulisan yang dihasilkan.
Justeru itu, kewartawanan perlu mengekalkan fungsi dan peranannya sebagai ‘pemerhati’ untuk mengawasi tata laku dan tadbir urus negara agar pemerintahan negara sentiasa berintegriti dalam semua aspek.
Kewartawanan yang amanah dan bertanggungjawab merupakan aset penting dalam pembangunan negara bangsa.
MENGHORMATI HAK WARTAWAN MENJALANKAN TUGAS
Dalam memelihara dan mengangkat martabat kewartawanan serta kebebasan media, wartawan diberikan ruang dalam menyampaikan laporan sahih dan seimbang sejajar dengan hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sewajarnya, wartawan perlu diberi kebebasan dalam menjalankan tugas dengan sebaik mungkin tanpa halangan atau sekatan mana-mana pihak. Dengan yang demikian, wartawan dapat membuat liputan dan laporan yang menegakkan nilai integriti, relevan serta sahih.
MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN DAN PRINSIP RUKUN NEGARA
Wartawan yang mendukung Etika Kewartawanan Malaysia menghormati prinsipprinsip terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan.
Pada masa sama, kebebasan bersuara, kebebasan media dan hak untuk berorganisasi menjadi penyumbang ke arah mewujudkan suatu persekitaran kondusif kepada sistem demokrasi. Oleh itu, wartawan menjadi sebahagian daripada proses pembinaan negara serta memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.
Di Malaysia yang demokratik, wartawan menggunakan kemahiran untuk mewujudkan suasana saling menghormati, saling mempercayai dan saling memahami dalam kalangan masyarakat dan mencegah timbulnya perasaan curiga dan prasangka.
KEWARTAWANAN MEMARTABAT INTEGRITI
Sebagai tunjang dalam memacu hala tuju negara, kewartawanan menjadi medium dalam memartabat integriti supaya menjadi amalan tadbir urus negara serta boleh menjadi pegangan prinsip masyarakat umum.
Ini boleh mengelak amalan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan di Malaysia.
MEMERANGI BERITA PALSU
Media berperanan menyampaikan maklumat kepada masyarakat namun Internet menjadikan peranan media semakin mudah tetapi penuh mencabar.
Kewujudan Internet mempercepatkan proses penyampaian berita dan segala maklumat lama serta baharu sehinggakan media sosial menjadikan masyarakat Malaysia lebih peka kepada keadaan sekeliling.
Keadaan ini boleh menyebabkan penyebaran berita palsu mudah berleluasa dengan ia direka semata-mata untuk menarik perhatian netizen dan menjadi isu hangat. Media bertauliah perlu bersatu untuk memerangi penyebaran berita palsu yang boleh membahayakan individu, organisasi dan kerajaan.
Firdaus Azil
Sun May 29 2022
Melalui deklarasi dibacakan Ahmad Zaini itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi. - Gambar/ Bernama
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Pusat Kajian Kewartawanan beri manfaat kepada pengamal media, rakyat
Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.
HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.
HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi
HAWANA 2022: Kementerian tidak akan pandang sebelah mata resolusi wartawan - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Mutimedia sedia mendengar pandangan penggiat media, dan akan memudahcarakan usaha untuk melaksanakan resolusi berkenaan.
HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.
HAWANA 2022: Wujud badan induk, angkat suara wartawan - ISWAMI
Langkah itu bagi memastikan suara pengamal media, khusus dalam menyampaikan idea serta cadangan yang bernas, dapat didengari.
HAWANA 2022: Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh wartawan serta pengamal media.
Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.