KUCHING: Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sebuah hotel di sini malam ini.
Terdahulu, ketibaan Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi disambut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Majlis makan malam itu diadakan sempena Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 yang merupakan antara pengisian sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.
Mengangkat tema "Etika Teras Kewartawanan Mapan", HAWANA 2024 berlangsung tiga hari di sini bermula semalam dan kemuncak sambutan akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
HAWANA 2024 dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media termasuk dari Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Vietnam, China, Korea Selatan, Qatar dan Perancis.
HAWANA tahun ini ialah penganjuran edisi keempat selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, Melaka (2022) serta Perak (2023).
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak, dengan Bernama sebagai agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ketika hadir pada Majlis Makan Malam Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 malam ini. - BERNAMA
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
10 Berita Pilihan - (17 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Hampir 30 pasangan Malaysia ke Selatan Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau.
Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha
Sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
SMEC akan dijadikan acara tahunan - Abang Johari
Abang Johari berkata pengamal media seharusnya menyesuaikan diri dengan proses migrasi teknologi masa kini.
Tanya AI: Melestarikan bidang kewartawanan dalam era kecerdasan buatan
"ETIKA Teras Kewartawanan Mapan" yang menjadi tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 sangat bertepatan dengan keadaan semasa.
HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.