MALAYSIA
HAWANA 2025: Demokrasi matang tidak wujud tanpa kewartawanan bebas, berani - Ramanan
Ramanan menekankan peranan wartawan dalam menyampaikan suara rakyat serta menghargai dedikasi mereka dalam menulis dengan nurani. - Foto FB Ramanan Ramakrishnan
KUALA LUMPUR: Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bukan sekadar satu sambutan, sebaliknya peringatan bahawa demokrasi yang matang tidak akan wujud tanpa kewartawanan yang bebas, adil dan berani, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan.
Ringkasan AI
Menerusi kenyataan dalam Facebooknya bersempena dengan HAWANA 2025, beliau berkata penghormatan harus diberikan kepada wartawan yang setiap hari menulis dengan nurani dan menyampaikan suara rakyat dengan penuh dedikasi serta tanggungjawab.
"Saya berdiri bukan sekadar sebagai seorang pemimpin, tetapi sebagai seorang insan yang menghargai betapa pentingnya kepercayaan untuk bersuara.
"Justeru, saya amat menghargai setiap laporan dan liputan yang media sampaikan, termasuk tentang diri saya, program berkaitan saya sejak dulu hingga sekarang," katanya.
Ramanan yang juga Naib Presiden PKR turut menghargai peranan media yang memberikan ruang kepada beliau dan rakan-rakan untuk menyuarakan agenda reformasi.
"Tanpa anda, suara kami tidak sampai dan tanpa anda juga, suara rakyat tidak akan bergema. Teruskan menulis yang benar dan jangan gentar bersuara demi keadilan," katanya.
HAWANA disambut pada 29 Mei setiap tahun, dengan Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.
HAWANA yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- HAWANA sebagai simbol kebebasan media: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bukan sekadar perayaan, tetapi peringatan tentang kepentingan kewartawanan yang bebas dan adil dalam demokrasi.
- Penghargaan kepada wartawan: Datuk Seri R Ramanan menekankan peranan wartawan dalam menyampaikan suara rakyat serta menghargai dedikasi mereka dalam menulis dengan nurani.
- Majlis kemuncak HAWANA 2025: Sambutan utama akan diadakan pada 14 Jun di WTCKL dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kira-kira 1,000 pengamal media.