MALAYSIA
HAWANA 2025: Pelantikan Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia dimuktamad - Fahmi
Menteri Komunikasi berkata Lembaga Pengasas itu akan dianggotai 12 orang terdiri daripada empat wakil bagi setiap kategori. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) telah pun dimuktamadkan.
Ringkasan AI
Beliau berkata Lembaga Pengasas itu akan dianggotai 12 orang terdiri daripada empat wakil bagi setiap kategori, iaitu kategori syarikat media, kategori persatuan media, pengamal media dan pengamal media bebas serta kategori ahli bukan media.
"Pihak Majlis Media Malaysia akan membuat pengumuman dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Bertemakan "Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika", majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Chieng.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat media negara.
Fahmi sebelum ini dilapor berkata MMM dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini selepas selepas Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 diluluskan di Parlimen Februari lepas.
MMM akan berperanan sebagai badan kawal selia kendiri yang melindungi kebebasan media dan memastikan etika kewartawanan dipatuhi, sekali gus memperkasakan industri media di Malaysia.
Sambutan HAWANA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara.
Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) dimuktamadkan: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pembentukan Lembaga Pengasas MMM yang terdiri daripada 12 anggota dari empat kategori berkaitan media.
- MMM sebagai badan kawal selia: Selepas Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan, MMM akan berperanan dalam melindungi kebebasan media, memastikan etika kewartawanan dipatuhi, dan memperkasakan industri media.
- Sambutan HAWANA 2025: Acara bertemakan "Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika" dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.