PUTRAJAYA: Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan menganjurkan Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 (HELF) untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Bertemakan "Melayari Peluang Masa Depan, Merangkul Inovasi," forum sulung ini akan diadakan bersempena dengan Forum Sektor Swasta Bank Pembangunan Islam (IsDB) 2024 di Riyadh menjelang 30 April ini.
Forum ini juga dianjurkan secara bersama dengan IsDB serta Syarikat Pembangunan Produk Halal (HPDC) Arab Saudi untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan industri halal di Malaysia dan Arab Saudi, serta di seluruh negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam.
"HELF 2024 di Riyadh menandakan usaha sulung Malaysia dalam mengejar kelebihan ekonomi kolektif untuk ummah pada tahun-tahun sebelum acara HELF tahunan.
"Inisiatif ini bertujuan memupuk manfaat bersama di kalangan negara anggota IsDB, negara bukan anggota dan negara pemerhati," kata Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun kepada media di sini pada Selasa.
Sebagai platform dasar pelbagai hala, HELF 2024 akan menyediakan instrumen ekonomi serta perdagangan yang diperlukan bagi membangunkan, membolehkan termasuk menyepadukan ekosistem halal antara negara anggota IsDB dalam kalangan Negara Bukan Anggota dan Negara Pemerhati (OC).
Katanya lagi, satu dana pengupayaan ekosistem dana akan disediakan bagi melaksanakan keperluan ini, tambah beliau.
Beliau juga berkata terdapat isu dalam ekosistem halal mengenai penggunaan teknologi serta pendigitalan dalam proses tadbir urus yang memerlukan perhatian sepanjang rantaian bekalan, yang mana, HDC sedang menuju ke arah itu.
Beliau ketika ditanya sama ada HELF akan menjadi acara tahunan untuk HDC bergerak ke hadapan berkata ia bergantung kepada keputusan yang dikumpul dan sambutan yang diterima oleh rakan kongsi sepanjang acara tahun ini.
"Jika kita mendapat keputusan yang diinginkan, Insya Allah saya yakin rakan kongsi kita akan teruja untuk meneruskan dan mengadakan acara ini tetapi ia akan bergantung kepada keputusan acara di Riyadh pada 30hb April ini.
Sementara itu, Ketua Pusat Kecemerlangan Bank Pembangunan Islam (IsDB) Kuala Lumpur Samer Elesawi berkata acara itu akan menghimpunkan semua negara anggota bersama-sama dan menyokong satu sama lain di peringkat berbeza dalam ekosistem halal.
"Saya berharap kerjasama ini akan menjadi permulaan bagaimana kita boleh menyokong negara anggota kita untuk membangunkan lagi selain mempertingkatkan ekosistem halal".
Forum kepimpinan selama dua jam itu akan diadakan di InterContinental Riyadh, ia akan menyaksikan ucapan daripada menteri, pemimpin organisasi, perbincangan panel termasuk pengumuman program pembinaan ekosistem halal antara IsDB, HDC dan HPDC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Khairul Azwan berkata, HELF 2024 di Riyadh menandakan usaha sulung Malaysia dalam mengejar kelebihan ekonomi kolektif untuk ummah pada tahun-tahun sebelum acara HELF tahunan. - Foto HDC
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.