Helikopter awam terhempas di Semenyih, 6 maut

Astro Awani
April 4, 2015 13:34 MYT
Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir di Semenyih pada Sabtu.
Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan.
Pengarah Bomba Selangor berkata bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini, lapor Bernama.
Pada kejadian petang tadi, sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih.
Pasukan bomba Kajang dihantar ke lokasi sejurus kemudian untuk usaha menyelamat.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Twitternya kemudian menyebut bahawa helikopter itu membawa enam penumpang.

Deeply sadden by the news one helicopter from Kuantan to Sg Besi reported crashed near Kajang at about 4.55pm today. Person on board 6.

— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

HELICOPTER TRHEMPAS D JLN SG LALANG-KG PASIR BARU SEMENYIH 4.57 ptg td. 3 Mayat tlh ditemui. OPS masih djlnkn #BOMBA pic.twitter.com/0Me3z7qjoy

— BOMBA (@bombaJBPM) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.

JAM 2015 KETUA BALAI SEMENYIH LAPOR MANGSA KE 6 TELAH DIJUMPAI DIBAWAH HELIKOPTER #BOMBA pic.twitter.com/LezMOVIX4X

— BOMBA (@bombaJBPM) April 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dilaporkan juga kejadian ini melibatkan orang kenamaan.
Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.
Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Roslan yang ketika itu berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba
dan Penyelamat (JBPM).
Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.
"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN #bomba #helikopter #Kampong Pasir #Semenyih