SIBU: Bantuan makanan kering dihantar kepada 140 ketua isi rumah (KIR) di empat rumah panjang yang terjejas banjir di daerah Bukit Mabong di Kapit dengan menggunakan khidmat helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Pegawai Daerah Bukit Mabong Robert Liman Deli berkata bantuan tersebut diagihkan kepada mangsa yang tidak dapat berpindah di sekitar hulu Sungai Mujong melibatkan rumah panjang (Rh) James Saka Bujai yang mempunyai 63 KIR, Rh Ejon Aji (24 KIR), Rh Umbar Bunsu (31 KIR) dan Rh Ambu Sungai Tiau dengan 22 KIR.
Beliau berkata empat rumah panjang itu adalah antara sembilan rumah panjang di daerah itu yang terjejas susulan banjir dan tanah runtuh yang mengakibatkan perhubungan jalan raya terputus.
"Sebanyak dua kali penerbangan dibuat di mana penerbangan pertama menuju Rh Umbar Bunsu dan Rh Ambu di Sungai Tiau, manakala penerbangan kedua menuju Rh James Saka Bujai dan Rh Ejon Aji," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain itu kakitangan dari empat sekolah rendah turut terjejas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mujong Tengah, SK Nanga Tiau, SK Nanga Oyan dan SK Oyan Tengah.
Sebelum ini bantuan makanan telah dihantar ke Rh Jimmy Jarraw Kumbang di Nanga Sekeroh, Rh Saba Duat (Nanga Segerugo), Rh Nawin Salau (Nanga Sungai Oyan), Rh Anting Mangai (Batu Bansu) dan Rh Alex Jawong di Sungai Suau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Sebanyak dua kali penerbangan dibuat di mana penerbangan pertama menuju Rh Umbar Bunsu dan Rh Ambu di Sungai Tiau, manakala penerbangan kedua menuju Rh James Saka Bujai dan Rh Ejon Aji. - Gambar hiasan

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.

Helikopter bomba hantar bantuan makanan untuk mangsa banjir terputus hubungan
Bantuan tersebut diagihkan kepada mangsa yang tidak dapat berpindah di sekitar hulu Sungai Mujong.