awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter bomba lakukan enam penerbangan hantar bekalan ke 'pulau' Felda Tersat

Bernama
Bernama
28/02/2022
22:04 MYT
Helikopter bomba lakukan enam penerbangan hantar bekalan ke 'pulau' Felda Tersat
Selain menghantar bekalan kepada mangsa banjir, JBPM Terengganu turut menggunakan helikopter untuk membuat pemantauan dari udara di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. - Facebook FELDA
KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu semalam melakukan enam penerbangan helikopter untuk menghantar ribuan kilogram barangan keperluan asas ke Felda Tersat di Hulu Terengganu, yang kini menjadi "pulau".
Pengarah Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata helikopter itu berulang alik dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) Wakaf Tapai ke Felda Tersat yang pada masa ini tidak boleh diakses melalui jalan darat.
"Bantuan bekalan itu adalah daripada pihak Felda Terengganu, kita tolong hantarkan ke kawasan yang terjejas dan syukur proses penghantaran melalui udara berjalan lancar walaupun terpaksa ulang-alik banyak kali," katanya.
Beliau berkata walaupun dalam keadaan hujan renyai operasi yang bermula kira-kira 10 pagi semalam berjaya diselesaikan.
Selain menghantar bekalan kepada mangsa banjir, jabatan itu turut menggunakan helikopter untuk membuat pemantauan dari udara di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir besar sejak semalam.
Sementara itu katanya, jabatan bomba sentiasa bersiap siaga sekiranya khidmat jabatan itu diperlukan untuk sebarang kes kecemasan melibatkan penduduk di kawasan terjejas banjir yang terputus hubungan seperti jalan ditenggelami air sepenuhnya dan tidak boleh diakses kenderaan biasa.
"Misalnya malam tadi kami dapat maklumat ada pesakit jantung perlu dibawa segera ke Hospital Besut. Bomba berjaya membawa pesakit keluar dan hantar ke hospital pada malam tadi juga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM Terengganu
#penerbangan helikopter
#Felda Tersat
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan