[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Helikopter dipercayai bawa orang kenamaan hilang di Sarawak

Astro Awani 05/05/2016 | 13:14 MYT
Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.
Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, lapor Bernama.
BACA - LAPOR LANGSUNG: Helikopter dipercayai bawa orang kenamaan hilang di Sarawak
"Helikopter itu berlepas dari Betong pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.
DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.
Dipercayai helikopter tersebut membawa beberapa orang kenamaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN #DCA #Eurocopter AS350 #helikopter hilang #Jabatan Penerbangan Awam