MALAYSIA
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Menurut TLDM, kejadian berlaku pada 10.50 malam ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas, Tentera Darat Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, Melaka, malam tadi.
TLDM dalam kenyataan memaklumkan, kejadian terbabit berlaku pada 10.50 malam ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
"Empat kru udara berada di dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka telah berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
"Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta sedang dipantau oleh pasukan perubatan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, TLDM telah mengambil tindakan serta-merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj pesawat berkenaan dan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"TLDM memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan kelancaran proses penyiasatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA