NATIONAL

Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati

Astro Awani 08/11/2020 | 04:10 MYT
Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, 2 lelaki dan 2 perempuan dimana 2 didapati tidak sedarkan diri. - Foto pembaca Astro AWANI
HULU KELANG:Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.
Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa.
Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, dua lelaki dan dua perempuan dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.
Dipercayai dua daripada mereka telah meninggal dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Foto pembaca Astro AWANI
Foto pembaca Astro AWANI
#helikopter terhempas #bomba #Taman Melawati