awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas di Cameron Highlands, semua mangsa ditemui selamat

Hilal Azmi
Hilal Azmi
26/10/2022
08:21 MYT
Helikopter terhempas di Cameron Highlands, semua mangsa ditemui selamat
PDRM dan JBPM menggerakkan operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian yang berlaku di Cameron Highlands itu. - Sumber foto JBPM
CAMERON HIGHLANDS: Sebuah helikopter yang dilaporkan terhempas di dalam hutan sempadan Perak-Pahang berhampiran De Garden Enterprise, Cameron Highlands tengah hari tadi, sudah ditemui dengan semua mangsa dilaporkan selamat.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui semua mangsa terbabit kira-kira jam 4 petang.
Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.06 petang.
[TERKINI] Kesemua mangsa helikopter terhempas ditemukan selamat
Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan.
Lima daripada mereka mengalami cedera ringan manakala seorang patah paha.
Ketika kejadian, cuaca dilaporkan hujan sekali gus menjadikan operasi menyelamat mencabar.
Sebuah helikopter dikhuatiri terhempas di Cameron Highlands
PDRM dan JBPM menggerakkan operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian yang berlaku di Cameron Highlands itu. - Sumber foto JBPM
PDRM dan JBPM menggerakkan operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian yang berlaku di Cameron Highlands itu. - Sumber foto JBPM
Terdahulu, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari membabitkan helikopter syarikat swasta.
Difahamkan, helikopter yang membawa pasukan perubatan termasuk doktor itu, dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Lojing, Cameron Highlands.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#helikopter terhempas
#mangsa ditemui
#nasib mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan