Helikopter terputus hubungan di timur Indonesia

Bernama
Februari 21, 2024 13:15 MYT
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 300 anggota daripada pelbagai agensi sedang dijalankan di lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan. -Gambar hiasan
JAKARTA: Sebuah helikopter dengan tiga penumpang dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara di wilayah Maluku Utara, timur Indonesia pada Selasa, lapor Xinhua.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Wilayah, Fatur Rahman ketika dihubungi agensi berita itu pada Rabu berkata helikopter itu gagal berkomunikasi dengan menara kawalan trafik udara pada 1.16 petang waktu tempatan ketika ia terbang di sekitar hutan di daerah Halmahera Tengah.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 300 anggota daripada pelbagai agensi sedang dijalankan di lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan.
Beliau berkata helikopter kendalian firma PT Weda Bay Nickel itu membawa tiga penumpang, terdiri daripada dua juruterbang dan seorang penumpang.
-- BERNAMA
#Indonesia #helikopter hilang #terputus hubungan #pusat kawalan trafik udara #Maluku Utara
;