MALAYSIA
Heliza Helmi sertai misi kemanusiaan global ke Gaza, luah cabaran dan semangat di lautan bergelora
Kapal tersebut memerlukan pengendalian berterusan selama 24 jam, menjadikan misi ini bukan sahaja mencabar dari segi fizikal tetapi juga mental. - Foto Threads/nurhelizahelmi
KUALA LUMPUR: Aktivis kemanusiaan dan selebriti tanah air, Heliza Helmi, meluahkan rasa berdebar dan penuh cabaran ketika menyertai pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini sedang menuju ke Gaza.
Ringkasan AI
Perkembangan tersebut dikongsi beliau menerusi platform media sosial Thread miliknya.
Menurut Heliza, keadaan laut yang bergelora serta saiz kapal HIO yang kecil menambah kesukaran sepanjang pelayaran.
Kapal tersebut memerlukan pengendalian berterusan selama 24 jam, menjadikan misi ini bukan sahaja mencabar dari segi fizikal tetapi juga mental.
“Walaupun penat dan berdepan pelbagai cabaran, apabila mengenangkan tujuan misi ini demi perjuangan rakyat Gaza, semangat saya kembali pulih. Saya yakin Allah akan beri kekuatan untuk terus bertahan,” tulis Heliza dalam hantaran tersebut.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada para petugas yang telah berada di kapal selama hampir sebulan, menyifatkan mereka sebagai tulang belakang misi kemanusiaan ini.
Pada Isnin lalu, kapal flotila yang dinaiki Heliza telah memasuki kawasan zon kuning bersama konvoi GSF lain.
Misi tersebut dijangka akan memasuki zon merah Gaza pada Khamis ini, menandakan fasa kritikal dalam usaha menyampaikan bantuan dan sokongan kepada rakyat Palestin.
Penyertaan Heliza dalam misi ini mendapat perhatian ramai, dengan sokongan padu daripada rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan beliau secara langsung di media sosial.
Misi GSF dilihat sebagai simbol solidariti global terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza.
Ringkasan AI
- Heliza meluahkan rasa berdebar dan berkongsi cabaran fizikal serta mental akibat laut bergelora dan saiz kapal kecil yang memerlukan pengendalian 24 jam.
- Walaupun berdepan kesukaran, beliau kekal bersemangat demi perjuangan rakyat Gaza dan menghargai petugas kapal yang telah bertugas hampir sebulan.
- Kapal flotila telah memasuki zon kuning dan dijangka ke zon merah Gaza pada Khamis, dengan penyertaan Heliza mendapat sokongan meluas rakyat Malaysia sebagai simbol solidariti global.