awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helldivers 2 jadi permainan PlayStation pertama ditawarkan di Xbox

Amanz
Amanz
04/07/2025
05:30 MYT
Helldivers 2 jadi permainan PlayStation pertama ditawarkan di Xbox
Helldivers 2 akhirnya boleh dimainkan di Xbox Series S/X pada 26 Ogos, menjadikannya permainan pertama daripada studio milik Sony ditawarkan kepada konsol pesaing. -Amanz
PERANG konsol generasi semasa telah berakhir dengan PlayStation 5 berjaya mengalahkan Xbox Series S/X.

Ringkasan AI
  • PlayStation 5 mengatasi Xbox Series S/X dalam perang konsol generasi semasa, dengan Sony mula menawarkan permainan eksklusif ke konsol pesaing.
  • Kos pembangunan permainan yang tinggi mendorong Sony dan Microsoft melonggarkan polisi eksklusif demi keuntungan lebih luas.
  • Kedua-dua syarikat menghadapi tekanan ekonomi, termasuk pembuangan pekerja dan penutupan studio, dengan Microsoft kini fokus kepada AI.

Ia bermula dengan komitmen Microsoft untuk menawarkan permainan Xbox seperti Forza, Gears of War dan Sea of Thieves ke PlayStation sejak tahun lalu sementara Sony menawarkan permainan studio mereka ke Windows sahaja.
Tetapi pada 26 Ogos depan, permainan Helldivers 2 akan akhirnya boleh dimainkan di Xbox Series S/X menjadikannya permainan pertama daripada studio milik Sony ditawarkan kepada konsol pesaing.
Ini dilihat sebagai membuka pintu yang selama ini terlarang kerana Sony dan Microsoft enggan menawarkan permainan eksklusif kepada lawan.
Ini meletakkan hanya Nintendo masih bertegas mengekalkan polisi permainan eksklusif dalam kalangan triniti pengeluar konsol terbesar dunia.
Tindakan Sony dan Microsoft sejak setahun lalu ialah sekadar mengikut peredaran zaman.
Kos pembangunan permainan yang semakin meningkat menyebabkan model hanya menjual permainan dengan IP sendiri pada kosnsol sendiri tidak lagi menguntungkan.
Kedua-dua syarikat ini walaupun mendominasi pasaran konsol telah membuang ribuan pekerja sebagai langkah mengurangkan kos.
Semalam misalnya Microsoft membatalkan permainan Perfect Dark dan Everwild serta menutup studio pembangun.
Beberapa studio lain di bawah panji Xbox turut membuang pekerja kerana Microsoft kini memberikan lebih tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI). -Amanz
Topic Berkaitan
#PlayStation 5
#Xbox Series S X
#konsol permainan video
#Sony
#Microsoft
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan