awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henderson mahu tinggalkan Al-Ettifaq?

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2024
00:30 MYT
Henderson mahu tinggalkan Al-Ettifaq?
Henderson menerima gaji lumayan £700,000 (RM4.07 juta) seminggu di Al-Ettifaq. - Foto Agensi/Sinar Harian
KARIER Jordan Henderson di Arab Saudi mungkin tidak berpanjangan apabila bekas kapten Liverpool itu dikhabarkan mahu beraksi semula di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Henderson meninggalkan Anfield, kelab disertainya selama 12 musim dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan Al-Ettifaq Julai lalu.
Perpindahan berprofil tinggi Henderson ke kelab Liga Pro Saudi itu menyaksikan dia menerima gaji lumayan £700,000 (RM4.07 juta) seminggu dengan Liverpool turut menerima £12 juta (RM69.8 juta) ketika kontraknya masih berbaki dua tahun.
Namun, Henderson dikatakan gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan di Arab Saudi, malah pemain berusia 33 tahun itu bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran dari kelab EPL sepanjang jendela perpindahan pemain yang dibuka semula bulan ini.
Legenda Liverpool, Steven Gerrard memainkan peranan penting meyakinkan Henderson berpindah ke Arab Saudi, namun Gerrard yang dilantik sebagai pengendali Al-Ettifaq kini di bawah tekanan susulan keputusan buruk di liga domestik.
Al-Ettifaq ketika ini menghuni tangga kelapan Liga Pro Saudi dan sekadar bermain di hadapan sekitar 7,800 penyokong di dalam stadium berkapasiti 35,000 orang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jordan Henderson
#Al-Ettifaq
#perpindahan berprofil tinggi
#gaji lumayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan