"Hentikan budaya membanding-bandingkan anak orang dengan anak kita, sebaliknya ibu bapa perlu meyakinkan anak-anak untuk menerima diri mereka seadanya dan menghargai apa yang dilakukan".
Itu kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim yang juga penganalisis jenayah mengulas mengenai kes kehilangan kanak-kanak atas faktor lari dari rumah.
"Masyarakat kita ada satu budaya yang menjadikan anak orang lain sebagai kayu pengukur kejayaan anak-anak mereka tidak kira dalam peperiksaan atau sukan, yang mana ibu bapa akan sering merasakan anak orang lain lebih baik daripada anak mereka sendiri.
"Tekanan atau desakan piawaian seperti ini akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dan mereka akan berkata kalau begitu buat apa lagi mereka duduk di rumah?," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program pencegahan jenayah - Kehilangan Kanak-Kanak, Di manakah Silapnya? di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata susulan tindakan ibu bapa membanding-bandingkan anak orang lain dengan anak sendiri itu boleh menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak dihargai oleh orang yang paling rapat dengan mereka di rumah sehingga menyebabkan kanak-kanak merasa menyampah dan marah lalu bertindak lari dari rumah.
"Inilah antara faktor menyebabkan konsep 'Rumahku Syurgaku' tidak dapat dijalankan kecuali ia hanya menjadi sekadar slogan sahaja tanpa kita memahami inti pati kedudukan perkara sebenar.
"Oleh itu, jika kita mahu anak kita berjaya dan tidak terlibat dengan jenayah seperti dadah atau masalah sosial lain, hentikan membanding-bandingkan mereka," katanya.
Kamal Affandi berkata jika anak-anak melakukan kebaikan, ibu bapa perlu memberi motivasi dengan menghargai apa yang dilakukan bagi menaikkan lagi semangat dan membuatkan kanak-kanak itu rasa lebih dihargai selain memberi keyakinan kerana faktor itu penting untuk kejayaan mereka kelak.
Julai lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata sebanyak 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilapor dari tahun 2011 hingga Mei tahun ini dan antara punca kehilangan disebabkan mereka dipengaruhi kekasih untuk lari dari rumah dan pertelingkahan serta kurang perhatian keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 12 2019

Jika kita mahu anak kita berjaya dan tidak terlibat dengan jenayah seperti dadah atau masalah sosial lain, hentikan membanding-bandingkan mereka. - Gambar hiasan

Kerajaan pertimbang pergerakan rentas negeri ikut zon - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan termasuk dari segi penguatkuasaan.

Malaysia Airlines ke arah pemulihan - Khazanah
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.

Sarawak Pay ke peringkat global
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.

Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pelajar IPT terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan Bersatu-UMNO: Ada keputusan, Setiausaha Agung akan umum - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893687/24668264031614856105533_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Pasangan bercerai perlu kompromi demi anak
Bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.

COVID-19: "Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik" - Alif Satar
Kata Alif, deria rasa dan bau juga sudah 80 peratus kembali pulih selain tidak lagi berhadapan dengan masalah hidung tersumbat.

'Allah SWT makbulkan doa kalian semua' - Alif Satar umum isteri, anak negatif COVID-19
Alhamdulillah, semoga Alif dan keluarga cepat sembuh daripada wabak COVID-19

Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 - Pengurus
Selepas Alif Satar positif COVID-19, ibu dan ayah artis berkenaan pula dijangkiti pandemik berkenaan.

Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai terjejas, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang 'direhatkan' sementara, sehingga tempoh tertentu.

Siri animasi era 90an imbau kenangan zaman kanak-kanak
Kanak-kanak pada zaman itu, biasanya kalau cuti sekolah, awal pagi lagi mereka bangun, mandi dan usai sarapan, duduk di depan televisyen untuk menonton rancangan animasi popular.

COVID-19: Tiada arahan larang pekerja kilang hantar anak ke sekolah - Exco Melaka
Hasil pengesanan kontak dan siasatan dijalankan melibatkan kes tersebut mendapati tiada risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja lain di kilang itu.

PKP: Ibu bapa risau anak-anak tidur lewat, bangun lewat
Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti burung hantu dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga lewat malam dan tidur di siang hari.

Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu
Membantu menyesuaikan kehidupan kini yang lebih rumit serta jurang yang wujud dalam perkhidmatan intervensi bagi fasa remaja dan dewasa adalah antara cabaran utama ibu bapa membesarkan anak autisme.

Arwah Lok-U rindu anak perempuan, hitung hari jemput di asrama
Baru tiga hari berpisah dengan anak bongsunya yang duduk di asrama, namun kerinduan Allahyarham Lok-U pada Yasmin Damia sukar dibendung.