MALAYSIA
Henti kenyataan sentuh sensitiviti ibadah korban - Zulkifli
Zulkifli (dua, kiri) menyantuni penduduk setempat yang hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Peduli Komuniti MADANI di Dewan Terbuka Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam Rengit hari ini. - Foto Bernama
BATU PAHAT: Semua pihak termasuk golongan selebriti diingatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti berkaitan ibadah korban.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata pelaksanaan ibadah korban di negara ini sentiasa berpandukan hukum syarak serta dipantau oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi memastikan segala proses penyembelihan dilakukan mengikut ketetapan agama dan undang-undang.
"Saya nasihatkan semua pihak... Tidak kiralah dia itu artis atau orang awam, berhati-hatilah ketika mengeluarkan kenyataan. Usahlah membuat ulasan berkaitan isu ini.
"Ibadah korban telah lama dijalankan tanpa sebarang isu, tiba-tiba ia dibangkitkan. Janganlah timbulkan lagi perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Peduli Komuniti MADANI (KAPKOM) 2025 di Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam, Rengit hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Miss World Malaysia 2009 Thanuja Ananthan, 40, yang mempersoalkan amalan penyembelihan haiwan ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.
Mengulas lanjut, Zulkifli menegaskan ibadah korban perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan serta mematuhi ketetapan yang telah digariskan dalam Islam.
KAPKOM bertujuan menyatuni komuniti setempat yang terdiri daripada asnaf, fakir miskin serta masyarakat Orang Asli, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI menerusi pelbagai aktiviti seperti pelaksanaan ibadah korban, latihan dan demonstrasi sembelihan serta Bengkel Smart Solat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Peringatan kepada semua pihak: Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama menasihatkan agar tiada kenyataan dibuat yang boleh menyentuh sensitiviti berkaitan ibadah korban, yang sentiasa berpandukan hukum syarak dan dipantau pihak berkuasa.
- Penegasan terhadap kepentingan ibadah korban: Beliau menekankan bahawa ibadah korban perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan serta mematuhi ketetapan Islam, susulan kenyataan seorang selebriti yang mempersoalkan amalan tersebut.
- Program komuniti yang menyantuni masyarakat: Karnival Peduli Komuniti MADANI (KAPKOM) diadakan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin dan masyarakat Orang Asli melalui aktiviti seperti latihan sembelihan dan Bengkel Smart Solat.