KUALA LUMPUR:Semua pihak, sama ada pemimpin masyarakat mahupun rakyat, perlu berhenti mempersoalkan isu berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang diluluskan semalam dan berganding bahu membantu memulihkan ekonomi negara, kata seorang pakar ekonomi.
Pensyarah kanan Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kerajaan kini perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan segala perancangan Belanjawan 2021 selain memulihkan sentimen pelabur dan menarik balik pelaburan asing ke Malaysia.
"Rakyat (pula) perlu bantu negara dalam pemulihan ekonomi dengan menukar cara kerja lama dan tingkatkan produktiviti," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Lulus: Politik Matang Demi Rakyat dan Negara, terbitan Bernama TV malam tadi.
Seorang lagi tetamu program berkenaan, pensyarah kanan Jabatan Pengajian, Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan di Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Norazlan Hadi Yaakob berkata Belanjawan 2021 yang diluluskan itu menunjukkan impak positif apabila pasaran saham dilihat terus mencatat peningkatan.
"Tidak kiralah Belanjawan 2021 diluluskan dengan kelebihan hanya tiga undi kerana satu undi tetap dikira menang dalam sistem demokrasi," katanya.
Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Dewan Rakyat hari ini apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) tersebut memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.
Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 15 2020
Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) tersebut memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen. -Foto Bernama
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Henti persoal Belanjawan 2021, bantu pulih ekonomi - Pakar ekonomi
Kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan segala perancangan Belanjawan 2021 selain memulihkan sentimen pelabur dan menarik balik pelaburan asing ke Malaysia.
Belanjawan 2021: Lulus atau tidak, diketahui hari ini
Pengundian Belanjawan 2021, yang dijadualkan selepas selesai penggulungan oleh Kementerian Kewangan, akan menjadi tumpuan utama persidangan hari ini.