awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti pertikai bendera putih, fokus beri bantuan - Asyraf Wajdi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/07/2021
00:01 MYT
Henti pertikai bendera putih, fokus beri bantuan - Asyraf Wajdi
ASYRAF WAJDI: Pemuda UMNO seluruh negara telah digerakkan untuk pastikan segera membantu mereka yang memerlukan, termasuk yang menaikkan bendera putih. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO menggesa semua pihak menghentikan polemik dan pertikaian mengenai Kempen Bendera Putih, inisiatif yang dimulakan netizen.
Menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO seluruh negara telah digerakkan untuk membantu mereka yang memerlukan termasuk yang menaikkan bendera putih.
"Daripada terus berpolemik dan mempertikai inisiatif netizen perihal bendera putih, lebih baik sama-sama fokus membantu.
"Pemuda UMNO seluruh negara juga telah digerakkan untuk pastikan segera membantu mereka yang memerlukan termasuk yang menaikkan bendera putih," katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.
Daripada terus berpolemik dan mempertikai inisiatif netizen perihal BENDERA PUTIH, lebih baik sama-sama fokus membantu. Pemuda UMNO seluruh negara juga telah digerakkan untuk pastikan segera membantu mereka yang memerlukan termasuk yang menaikkan #BenderaPutih!#PemudaBantuRakyat
— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) July 1, 2021
Kempen yang dipercayai bermula sejak Isnin menyaksikan #BenderaPutih trending di Twitter.
Semua platform media sosial bersolidariti membantu golongan memerlukan yang mengibarkan bendera putih di halaman rumah kerana tiada makanan atau perlukan bantuan.
Di seluruh negara, berdasarkan laporan media, terdapat rumah-rumah yang menaikkan bendera putih sebagai tanda memohon pertolongan bagi menghadapi cabaran hidup di era pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan inisiatif tersebut dengan mendakwa ia bermotif politik, malah sesuatu yang tidak wajar kerana dianggap telah menyerah kalah.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#UMNO
#Pemuda UMNO
#Twitter
#pemuda
#COVID-19
#pandemik
#Bendera putih
#bantuan
#Golongan terjejas
#golongan memerlukan
#Kempen Bendera Putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan