awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan isu perkauman bawa perpecahan dalam masyarakat - Speaker Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
30/03/2025
04:35 MYT
Hentikan isu perkauman bawa perpecahan dalam masyarakat - Speaker Dewan Rakyat
Johari (tengah) pada sidang media selepas Program Bantuan Beras PRESMA di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah, Taman Seri Rampai hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan (kanan) dan Jawahar Ali (kiri). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyeru semua pihak berhenti dan sentiasa berwaspada dalam mengeluarkan sebarang komen atau pendapat yang boleh mencetus ketegangan serta merosakkan keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang kaum.
Beliau berkata, setiap pandangan perlu dipastikan berdasarkan fakta yang betul terlebih dahulu dan bukannya dilontarkan sewenang-wenangnya yang hanya akan 'menyimbah minyak ke dalam api yang membara.'
"Kalau inilah cara kita bertindak, amat berbahaya. Sebab itu, berlaku adillah pada diri dan masyarakat. Pastikan fakta yang betul terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Program Bantuan Beras Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kepada 3,333 asnaf sempena Aidilfitri di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu perkauman
#perpecahan masyarakat
#Johari Abdul
#PRESMA'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan