awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Hentikan kepercayaan khurafat, Allah lakukan apa sahaja yang dimahukanNya" - Imam Masjid Putra

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/12/2019
07:35 MYT
"Hentikan kepercayaan khurafat, Allah lakukan apa sahaja yang dimahukanNya" - Imam Masjid Putra
Sebagai seorang yang beriman, peristiwa seumpama itu sepatutnya dapat mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT kerana Dia yang maha berkuasa melakukan apa sahaja. - Foto Astro AWANI/Mohafizal Husin
Umat Islam diseru untuk menghentikan kepercayaan khurafat berkait dengan apa-apa peristiwa atau fenomena alam.
Imam Masjid Putra, Shamsul Bahari Dahalan berkata, setiap satu perkara yang berlaku di alam semesta merupakan tanda kekuasaan Allah SWT.
Merujuk kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Imam Muslim, Shamsul berkata, kejadian gerhana misalnya pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
"Kalau kita lihat dalam hadis Nabi Muhammad SAW, peristiwa gerhana ini pernah berlaku pada zaman Baginda di mana kebetulan pada masa itu, anak baginda bernama Ibrahim meninggal dunia.
"Jadi kepercayaan masyarakat pada ketika itu, mereka menyangka bahawa gerhana itu ada kaitannya dengan peristiwa kematian putera Baginda.
"Akibat daripada itu, Baginda menyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, 'Sesungguhnya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya dari kekuasaan Allah SWT'.
"Baginda menyatakan 'Allah menakutkan hamba-hambanya dengan perubahan matahari dan bulan dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia'," ujar Shamsul ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Menurut beliau, umat Islam khususnya perlu faham bahawa kejadian seperti gerhana adalah salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.
"Jadi di sini, Baginda menjawab soalan yang disangkakan oleh kebanyakan masyarakat pada ketika itu bahawa peristiwa gerhana itu ada kaitan dengan kematian seseorang.
"Jadi ia tiada kaitan dengan kematian dan kecelakaan ataupun bukanlah melambangkan kepada kemurkaan Allah SWT kepada kita, maka Allah cetuskan gerhana, tidak.
"Ia adalah salah satu daripada tanda kekuasaan Allah SWT yang mana 'Dia (Allah) akan melakukan apa sahaja yang Dia mahu'," ujarnya.
BACA: Pengalaman saksikan gerhana matahari cukup menginsafkan diri - Ustaz Mohamad
Tegasnya lagi, sebagai seorang yang beriman, peristiwa seumpama itu sepatutnya dapat mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT kerana Dia yang maha berkuasa melakukan apa sahaja.
Topic Berkaitan
#Gerhana
#gerhana bulan
#gerhana matahari
#hadis Nabi
#kepercayaan khurafat
#khurafat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan