[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Hentikan percanggahan lantikan Peguam Negara

Sinar Harian 03/06/2018 | 10:17 MYT
RAIS: Keputusan kerajaan Pakatan Harapan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilihat tidak menyalahi undang-undang. -Gambar fail
Keputusan kerajaan Pakatan Harapan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilihat tidak menyalahi undang-undang.
Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia tidak bercanggah dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan atas nasihat perdana menteri.
"Ikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dengan pengecualian sangat terhad, perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti termaktub dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi Twitternya hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Justeru, Rais meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibiarkan untuk menjalankan tugas dengan Kabinetnya.

"Tidak ada yang salah dengan Tommy Thomas sebagai AG.

"Hentikan percanggahan ini apabila tidak ada alasan undang-undang untuk menimbulkan masalah," katanya.

Tommy merupakan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, sebulat suara dipilih pemimpin Harapan bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Difahamkan, Dr Mahathir sebelum ini menulis surat kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk memohon perkenan pemecatan Mohamed Apandi, namun tiada tindakan selanjutnya.

#AG #Islam #Mahathir Mohamad #mahkamah #Mohamed Apandi Ali #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Rais Yatim #Yang di-Pertuan Agong