awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan provokasi negatif terhadap pusat tahfiz

Bernama
Bernama
28/04/2017
13:23 MYT
Hentikan provokasi negatif terhadap pusat tahfiz
Madrasah tahfiz di mana pelajar Mohamad Thaqif Amin dilapor disebat hingga menyebabkan kematiannya. -Gambar fail
Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia meminta semua pihak termasuk orang ramai menghentikan segala provokasi negatif kepada institusi tahfiz di negara ini berikutan kes kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Rabu lepas.
Presidennya Manolito Mohd Dahlan berkata adalah tindakan seperti itu adalah tidak adil kerana ia seolah-olah menghukum ke semua madrasah tahfiz di seluruh negara.
"Kami bersimpati dan sedih di atas peristiwa menimpa Mohamad Thaqif Amin. Ia adalah yang pertama berlaku sejak kewujudan institusi tahfiz di negara ini pada tahun 1966. Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan yang sewajarnya dalam kes berkenaan.
Kes itu tidak wajar menjadi sebab untuk pihak tertentu mendesak kerajaaan menutup madrasah tahfiz dengan alasan pendidikan tahfiz punca kemunduran, kejahatan serta penggalak keganasan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir wakil -wakil daripada Persatuan Institusi Tahfiz Selangor, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor, Majlis Huffaz Kedah dan Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini terdapat 941 madrasah tahfiz membabitkan lebih 10,411 kakitangan dan 100,000 pelajar di seluruh negara.
Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dijadual menjalani pembedahan untuk memotong tangan kanannya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lepas. Pelajar madrasah tahfiz swasta di Kota Tinggi itu sebelum ini dipotong kedua-dua belah kakinya hingga paras peha akibat jangkitan kuman, Jumaat lepas.
Kisah pelajar itu yang dimasukkan ke HSI menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dikatakan akibat dipukul oleh pembantu warden madrasah itu.
Dalam pada itu, Manolito juga meminta orang ramai supaya tidak memandang serong dan tersalah anggap kononnya sistem pendidikan di madrasah tahfiz lebih mengutamakan hukuman yang keras.
"Biarlah polis menyiasat dengan teliti kes tersebut. Hentikan spekulasi dan provokasi yang tidak menguntungkan Islam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#madrasah
#Manolito Mohd Dahlan
#Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia
#Petajar tahfiz
#sekolah tahfiz
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan