Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pertubuhan Islam, menteri, ahli politik dan pemimpin masyarakat agar berhenti mencari publisiti ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan semasa Ramadan.
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata kini, ia telah menjadi amalan untuk menyebarkan secara meluas bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dan yang memerlukan, sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
Walaupun inisiatif yang dibuat oleh penganjur untuk membantu golongan yang memerlukan amat dihargai, Idris berkata ia harus dilaksanakan tanpa publisiti kerana ia merendahkan martabat penerima bantuan selepas status kemiskinan mereka disiarkan kepada orang ramai secara umum.
"Golongan miskin tidak boleh dianggap sebagai objek amal untuk mendapatkan publisiti bagi meningkatkan imej pertubuhan dan pemimpin mereka. Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk mengamalkan bersedekah dan adalah lebih baik untuk menyembunyikannya dan menghulurkan bantuan itu secara rahsia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga percaya adalah lebih bermanfaat bagi pemberi bantuan untuk menyampaikan sumbangan itu dengan melawat golongan berkenaan di rumah mereka dan penyumbang akan mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan penghidupan yang dihadapi golongan ini dan membolehkan mereka mencari jalan untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 04 2018
Pemberian yang disembunyikan itu jauh lebih mulia. - Gambar hiasan
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PDRM kenal pasti anggota terlibat masalah hutang tinggi
PDRM sedang mengenal pasti anggota dan pegawainya yang terlibat dengan masalah keberhutangan tinggi bagi membolehkan bantuan kebajikan bersesuaian disalurkan sekali gus meringankan beban mereka.
Model perniagaan baharu dalam Kertas Putih Felda - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, draf Kertas Putih berkenaan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Jumaat lalu.
Hentikan publisiti sumbang bantuan sempena Ramadan
CAP gesa pertubuhan Islam, menteri, ahli politik dan pemimpin masyarakat agar berhenti mencari publisiti ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.