awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan segera semua aktiviti pembakaran - Uggah

Bernama
Bernama
31/07/2025
14:15 MYT
Hentikan segera semua aktiviti pembakaran - Uggah
Uggah berkata semua DDMC telah diarahkan untuk mengaktifkan dan bersiap sedia dengan pasukan tindak balas masing-masing. - Gambar fail/Facebook DUN Bukit Saban
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menggesa semua syarikat dan pengusaha ladang di negeri ini agar segera menghentikan sebarang aktiviti pembakaran berikutan keadaan cuaca panas dan kering pada masa ini.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengingatkan pemilik tanah supaya berwaspada serta memantau tanah mereka dan kawasan sekitar bagi mengesan sebarang tanda kebakaran.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan sebarang aktiviti seumpama itu kepada Lembagai Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menerusi talian hotline atau pejabat NREB terdekat.
"Kerjasama anda amat penting bagi memastikan keselamatan orang awam dan melindungi alam sekitar sepanjang tempoh ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Uggah berkata wilayah berkenaan sedang berdepan cuaca panas dan kering berpanjangan, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran dengan ketara khususnya di kawasan mudah terdedah kepada kebakaran seperti Bahagian Mukah dan Miri.
Beliau berkata semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (DDMC) telah diarahkan untuk mengaktifkan dan bersiap sedia dengan pasukan tindak balas masing-masing.
"Penekanan perlu diberikan kepada penyelarasan yang berkesan di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan tindakan segera dapat diambil untuk memadam kebakran dan menyalurkan bekalan air kepada penduduk yang berdepan kekurangan keperluan asas itu," katanya.
Uggah berkata DDMC Miri turut dinasihatkan memantau dan memeriksa telaga secara berkala bagi mencegah kebakaran tanah gambut yang berpotensi meningkat sepanjang tempoh itu.
NREB juga katanya telah membatalkan semua permit pembakaran terbuka berkuat kuasa sejak dua minggu lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#bekalan air
#tanah gambut
#keperluan asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan