awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan spekulasi, jangan buat penularan semula video libatkan bekas KP J-KOM - Polis

Bernama
Bernama
20/11/2023
22:45 MYT
Hentikan spekulasi, jangan buat penularan semula video libatkan bekas KP J-KOM - Polis
Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan penularan semula rakaman video perbualan individu mirip bekas KP J-KOM dan seorang kakitangan J-KOM., tegas Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan penularan semula rakaman video perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan seorang kakitangan J-KOM.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan itu boleh mengganggu proses penyiasatan kes berkenaan.
"Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas dan dinasihatkan tiada spekulasi dan penularan semula rakaman video berkenaan.
"Tindakan akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sementara itu, Mohd Shuhaily mengesahkan, Mohammad Agus dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che'gu Bard telah dirakam percakapan pada Isnin di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah berhubung penularan video itu.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang media Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KP J-Kom
#video bekas KP J-Kom
#Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
#video Agus dan Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan