awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HEP UiTM santuni isu 'mahasiswa B40 viral'

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
30/03/2022
03:46 MYT
HEP UiTM santuni isu 'mahasiswa B40 viral'
Timbalan Naib Canselor BHEP, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi bergegas ke UiTM kampus di Perak itu untuk mendapatkan maklumat serta gambaran situasi sebenar. -Facebook @hepuitmshahalam
"BAHAGIAN Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa cakna dan ambil peduli akan permasalahan mahasiswa, khususnya golongan mahasiswa B40 di UiTM."
Kenyataan itu dikeluarkan HEP UiTM pada Rabu susulan video tular pensyarah universiti tersebut yang didakwa menghina pelajar ketika sesi pembelajaran dalam talian sejak semalam.
Untuk itu, maklum HEP UiTM dalam muat naik di akaun Facebook rasminya, Timbalan Naib Canselor Prof Dr Mohd Sazili Shahibi telah bergegas ke kampus UiTM yang terletak di Perak untuk mendapatkan maklumat serta gambaran situasi sebenar.
"Susulan berikutan klip video yang tular memaparkan seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA yang didakwa menghina seorang mahasiswa yang tidak memiliki komputer riba, dengan langkah yang proaktif, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi selaku Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah bergegas ke UiTM Seri Iskandar untuk mendapatkan gambaran situasi sebenar isu ini.
"BHEP sentiasa cakna dan ambil peduli akan permasalahan mahasiswa, khususnya golongan mahasiswa B40 UiTM," tulis kenyataan itu pada Rabu.
Dalam video yang tular di media sosial sejak semalam, pensyarah berkenaan mempertikai pelajar itu yang seolah-olah tidak berusaha untuk memiliki komputer walaupun sudah berada dalam semester lima.
Malah pensyarah itu turut menyoal latar belakang keluarga pelajar berkenaan dan mengesyorkan kalangan ahli keluarganya agar berkorban barang kemas untuk tujuan pendidikan.
Kalangan warganet dalam pada itu menyelar tindakan pensyarah berkenaan yang turut menyifatkan golongan B40 sebagai tidak mementingkan pelajaran.
Topic Berkaitan
#UiTM
#pensyarah
#B40
#komputer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan