awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/06/2023
01:46 MYT
Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Pelbagai taktik yang dilakukan oleh sindiket perjudian bagi mendorong kaki judi untuk terus bertaruh. Gambar kecil: Zainal Adnan
SHAH ALAM: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menggesa kerajaan untuk mempergiatkan usaha risikan ‘naungan politik’ yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian kerana permasalahan itu boleh menjejaskan kepentingan awam.
Yang Dipertua Ikram Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim berkata, usaha itu perlu dibuat secara berterusan bagi mengenal pasti individu terlibat.
“Sekiranya kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyedari permasalahan itu berlaku, mereka hendaklah mengumpul bukti dan menghukum individu terlibat sama ada ahli politik, korporat atau sesiapa sahaja.
“Apabila berbicara soal memberi perlindungan terhadap aktiviti perjudian, ia menunjukkan bahawa unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan turut berlaku yang mana ia semakin parah,” katanya pada Jumaat.
Zainal Adnan memberitahu, individu yang mempunyai pengaruh politik itu menggunakan kuasa sedia ada untuk meraih kepentingan peribadi.
Pada masa sama, beliau menjelaskan tindakan ahli politik dalam memberi perlindungan itu mengakibatkan kesan buruk kepada masyarakat.
“Implikasinya kita boleh lihat masyarakat yang ketagih untuk berjudi. Golongan itu tidak peduli jika berhabis duit bahkan sanggup meminjam wang dan bergolok-gadai,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zainal Adnan berharap agar kerajaan cakna tentang akta sedia ada berkaitan perjudian perlu digubal semula mengikut kesesuaian semasa.
Beliau menjelaskan sukar untuk membanteras permasalahan berkenaan kerana cara perjudian kini sudah berubah dan tidak sesuai dengan akta semasa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#judi
#ahli politik
#dalang judi
#naungan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan