awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HFMD: Empat taska diarah tutup sementara di Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/07/2018
11:24 MYT
HFMD: Empat taska diarah tutup sementara di Melaka
Setakat ini, 80 peratus penghidap HFMD di Melaka adalah kanak-kanak bawah enam tahun manakala selebihnya kanak-kanak bawah 12 tahun. - BERNAMA/Fail
Sebanyak 12 kes terbaru penyakit tangan, kaki dan mulut atau hand, foot, mouth disease (HFMD) dikesan di dua daerah di Melaka sejak awal bulan ini hingga 21 Julai lalu.
Exco Kesihatan Negeri, Low Chee Leong berkata, dua daerah terbabit ialah Alor Gajah yang merekodkan 10 kes dan Melaka Tengah, dua kes.
Menurutnya, bagi bulan ini, sebanyak empat taska telah diarah tutup untuk kerja-kerja pembasmian kuman – tiga di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah.
Katanya, Melaka antara negeri yang mencatatkan kes penularan HFMD yang tinggi di negara ini.
Dalam tempoh 1 Jan hingga 21 Julai lalu, sebanyak 1,280 kes dicatatkan di tiga daerah di Melaka.
Daerah Melaka Tengah mencatatkan kes tertinggi dengan 583 kes, diikuti Alor Gajah (454 kes) dan Jasin (243 kes).
Susulan itu, sebanyak sembilan taska diarah tutup selepas kanak-kanak di taman asuhan terbabit dikesan menghidap penyakit itu.
Setakat ini, 80 peratus penghidap HFMD di Melaka adalah kanak-kanak bawah enam tahun manakala selebihnya kanak-kanak bawah 12 tahun.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sekolah harian ditutup sejak penyakit itu dikesan di negeri berkenaan.
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#hand foot mouth disease
#HFMD
#Low Chee Leong
#Melaka
#Melaka Tengah
#penyakit tangan kaki mulut
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan