awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HFMD: Kaedah rawatan tradisional tidak digalakkan - Boon Chye

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
02/08/2018
08:05 MYT
HFMD: Kaedah rawatan tradisional tidak digalakkan - Boon Chye
Usah pertaruhkan situasi yang berisiko. Teruslah berjumpa doktor jika terlihat simptom jangkitan HFMD pada anak-anak anda. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan tidak menggalakkan kaedah rawatan tradisional digunakan untuk merawat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sebaliknya orang ramai digesa terus berjumpa dengan doktor pakar sekiranya mempunyai simptom jangkitan wabak terbabit.
Menurut beliau, rawatan perubatan di hospital atau di klinik penting bagi memastikan jangkitan itu dirawat dengan cara betul sekali gus mengelakkan wabak itu terus tersebar.
Tambah beliau lagi, mana-mana pihak juga tidak seharusnya menyembunyikan jangkitan itu tanpa berjumpa dengan pihak pakar kerana ia akan menganggu usaha pengawalan wabak terbabit.
“Apabila kanak-kanak disyaki terkena jangkitan, (perlu) jumpa doktor. Paling utama adalah untuk mengenal pasti sama ada jangkitan itu serius atau tidak.
“Kebanyakan jangkitan HFMD itu tidak serius, (dan boleh) pulih sendiri. Walaupun setakat ini ada dua kematian akibat HFMD, tapi ini jarang berlaku. Tahun-tahun sebelum ini pun tiada kematian,” ujar beliau sambil menambah kementeriannya akan terus memberi perhatian kepada perkara itu.
Boon Chye ditemui selepas merasmikan Persidangan Saintifik Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia Ke-21 Di Pusat Konvensyen Ipoh, pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkongsian di media sosial mengenai rawatan tradisional terhadap kanak-kanak yang dijangkiti HFMD antaranya menggunakan serbuk kunyit, daun semambu dan bedak sejuk.
Topic Berkaitan
#Doktor
#HFMD
#Hospital
#jangkitan
#Lee Boon Chye
#penyakit
#rawatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan