HFMD: Kelas prasekolah di SK Oran, Arau ditutup 2 minggu

Bernama
Julai 17, 2018 21:01 MYT
Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata penutupan dibuat atas arahan Jabatan Kesihatan Negeri berikutan lebih tiga murid disyaki dijangkiti virus HFMD. - Gambar hiasan
Kelas Prasekolah Anjung Budi Sekolah Kebangsaan (SK) Oran di Arau diarah ditutup selama dua minggu mulai Selasa setelah beberapa orang muridnya disyaki dijangkiti virus penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).
Sebelum ini, kelas Prasekolah SK Paya, Padang Besar diarah ditutup juga selama dua minggu bermula 13 Julai lepas kerana punca sama.
Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Izmi Ismail yang dihubungi Bernama malam tadi mengesahkan perkara itu dan berkata penutupan dibuat atas arahan Jabatan Kesihatan Negeri berikutan lebih tiga murid masing-masing di prasekolah terbabit disyaki dijangkiti virus HFMD.
Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.
- BERNAMA
#Anjung Budi #Arau #HFMD #Izmi Ismail #kesihatan #padang besar #penyakit kaki tangan dan mulut #Perlis #prasekolah #sekolah #SK Oran #tutup sekolah #virus #Zaini Hussin